Apakah Kuasa-Kuasa Yang Dimiliki Oleh Kerajaan Catalonia?

Sepanyol mempunyai 17 wilayah (boleh juga dipanggil jajahan), dengan pemimpin wilayah masing-masing dilantik secara demokratik melalui undian.

Tetapi daripada 17 wilayah ini, Catalonia – yang terletak di bahagian timur laut Sepanyol – mempunyai kuasa autonomi paling besar. Mengikut Kamus Pelajar Edisi Kedua, kuasa autonomi bermaksud hak memerintah atau mengurus sendiri; bebas daripada kuasa lain.

Catalonia mempunyai parlimen, kerajaan, polis, media awam dan presiden mereka sendiri. Selain itu mereka turut mempunyai kuasa dalam beberapa polisi kerajaan pusat Sepanyol – terutamanya dalam hal-ehwal kebudayaan, alam sekitar, komunikasi, perdagangan dan keselamatan awam.

Hanya 3 kuasa yang tidak dimiliki oleh kerajaan Catalonia – hal-ehwal luar negara, ketenteraan dan polisi kewangan. 3 kuasa ini kekal milik kerajaan pusat Sepanyol.

Walaupun di atas kertas, pembahagian kuasa ini nampak jelas. Secara realitinya, ia tidak begitu.

Seperti contoh, di Malaysia, kerajaan pusat di Putrajaya tidak boleh masuk campur dalam hal-ehwal imigresen di Sabah dan Sarawak. Ini kerana The Immigration (Transitional Provisions) Act 1963 melindungi kuasa kedua-dua negeri ini dalam hal-ehwal imigresen.

Tetapi di Sepanyol, perlembagaan Sepanyol akan diutamakan jika berlakunya perbezaan pendapat antara kerajaan pusat dengan kerajaan wilayah dari segi polisi. Inilah yang tak digemari oleh kerajaan Catalonia.

Kerajaan

Bermula Januari 2016, Carles Puigdemont (gambar bawah) mengambil alih kerusi Presiden Catalonia. Beliau dibantu oleh Timbalan Presidennya, Oriol Junqueras yang juga bertindak sebagai menteri ekonomi Catalonia.

(JOSEP LAGO/AFP/Getty Images)

Kerajaan Catalonia mempunyai 12 menteri, merangkumi portfolio seperti pendidikan, kesihatan, kebudayaan, hal-ehwal dalam negeri dan kebajikan. Mereka mempunyai 28,677 penjawat awam.

Polis

Catalonia turut mempunyai polis mereka sendiri yang dipanggil Mossos d’Esquadra.

Mossos d’Esquadra mempunyai lebih kurang 17,000 anggota yang bertugas menjaga hal-ehwal keselamatan awam dan siasatan jenayah untuk lebih 7.5 juta rakyatnya.

Mossos d’Esquadra police officers from the Citizen Security Unit speak to store workers during a patrol in the Sant Feliu de Llobregat district of Barcelona, Spain, on Wednesday, Oct. 25, 2017. Mossos d’Esquadra are the autonomous regional police force of Catalonia. Photographer: Angel Garcia/Bloomberg via Getty Images

Badan polis kerajaan pusat Sepanyol yang berada di bawah Kementerian Hal-Ehwal Dalam Negeri Sepanyol juga mempunyai pejabat mereka sendiri di Catalonia. Bidang kuasa mereka lebih tertakluk kepada hal-ehwal pencegahan keganasan, imigresen dan lain-lain.

Media

Corporació Catalana de Mitjans Audiovisuals (CCMA) merupakan badan penyiar awam rasmi untuk Catalonia. Mereka mempunyai 2,319 staf yang bekerja untuk 5 stesen TV, 4 stesen radio dan servis-servis sokongan lain.

Parlimen

Dalam dewan Parlimen Catalonia, terdapat 135 kerusi yang mewakili mukim-mukim dalam wilayah mereka yang berkeluasan 32,108 kilometer persegi (lebih kurang keluasan Belgium).

Dewan Palimen Catalonia dianggotai oleh ahli-ahli Parlimen dari 6 parti politik. 3 daripadanya menyokong idea kemerdekaan Catalonia daripada Sepanyol.

Pakatan Junts pel Sí, gabungan Parti Convergència Democràtica de Catalunya (CDC), Parti Esquerra Republicana de Catalunya (ERC) pertubuhan pro-kemerdekaan, memenangi kerusi terbanyak dalam dewan parlimen iaitu 62 kerusi.

Leader of the Catalan coalition ‘Junts pel Si’ (Together for the Yes) Raul Romeva (C) sits between Catalonia’s regional government president and leader of the Catalan Democratic Convergence (CDC) Artur Mas (R), and leflist republican party Esquerra Republicana de Catalunya (ERC) Oriol Junqueras (L) before the press conference after the results of the regional election in Barcelona on September 28, 2015 Catalan separatists and their rivals sketched their battle plans Monday after the independence movement claimed victory in a divisive vote, plunging Spain into political uncertainty ahead of national elections. AFP PHOTO / JORGE GUERRERO

Jumlah 62 kerusi ini masih tidak cukup untuk membolehkan Pakatan Junts pel Sí mencapai majoriti 2/3 dalam dewan parlimen. Mereka memerlukan 10 kerusi daripada Parti Candidatura d’Unitat Popular (CUP) – yang juga pro-kemerdekaan tetapi anti-kapitalis – untuk membentuk kerajaan.

Parti politik kedua terbesar di Catalonia adalah Parti Ciudadanos (Cs) – yang liberal dan anti-nasionalis (menentang konsep idea negeri dan negara) – yang memenangi 25 kerusi parlimen.

Parti Partit dels Socialistes de Catalunya (PSC-PSOE) – yang anti idea kemerdekaan Catalonia – mempunyai 16 kerusi parlimen. Mereka bersekutu dengan Parti Partit Popular de Catalunya (PPC) – cawangan parti Perdana Menteri Sepanyol, Partido Popular (PP) yang memenangi 11 kerusi parlimen.

Satu lagi parti adalah Catalunya Sí que es Pot (CSQP) – parti sayap kiri pro-hijau – yang memenangi 11 kerusi parlimen. Mereka boleh dikatakan parti ‘atas pagar’ kerana tidak menyokong/menentang idea kemerdekaan Catalonia daripada Sepanyol.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN