“Estamos bien en el refugio, los 33”
Pada 2010, 33 pelombong tembaga di lombong Copiapó di Chile terperangkap selama 69 hari sedalam 700m di bawah tanah dan 5km dari pintu masuk lombong. Semasa terperangkap, 33 pelombong tersebut membawa makanan dan minuman yang sepatutnya habis dalam masa 2-3 hari.
Pada edisi World Cup 2014 akan datang, Chile diundi dalam kumpulan B yang dikatakan ‘kumpulan maut’ bersama Holland, Spain dan Australia. 33 pelombong ini mengumpul tanah lombong yang mereka terperangkap dan akan dibawa ke kem latihan pasukan Chile – untuk memberi semangat kepada pemain Chile.