Dunia bola sepak ini semenangnya luas dan cukup menarik untuk diteroka.
Pelbagai pasukan dengan bermacam cara bola sepak itu boleh dimainkan – baik hantaran pendek, bertahan atau lambung saja bola itu semuanya boleh!
Penyokong Aberdeen Dedahkan Sebab Mengapa Mereka Benci Rangers Lebih Daripada Celtic
Dan penulis pasti, setiap daripada kita ada pasukan yang diminati dan diikut sepanjang minggu ketika mereka beraksi. Betul tak?
Dalam tinjauan kami di media sosial Semuanya BOLA, kami bertanya apakah punca anda menyokong sesebuah pasukan? Adakah kerana sejarahnya atau pemainnya?
Sebab sebenar anda sokong sesebuah kelab bola sepak?
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) August 12, 2022
Dan inilah hasilnya. Jom kita mula!
Kerana jaringanmu, aku jatuh cinta
Di Twitter, kami mendapati majoriti pengikut kami mengikut sesebuah pasukan kerana pemain yang mewakili sesebuah kelab itu mencuri perhatian.
Barangkali kerana skli geleceknya, ketajaman di pintu gol atau ketangkasan menepis percubaan lawan membuat mereka jatuh cinta dan terus menyokong pasukan tersebut.
“Liverpool – detik Steven Gerrard yang sering menyelamatkan pasukan memberikan inspirasi kepada saya walaupun baru berusia darjah lima pada 2005.
“Gol yang cantik [ketika] England menentang Trinidad & Tobago pada Piala Dunia 2006 di Jerman. Semuanya adalah memori indah,” tulis Amir.
Liverpool
Steven Gerrard frequent life saving final moment inspiring me even though I was in standard 5 , 2005 🔥
Goal of beauty England vs Trinidad&Tobago in FIFA World cup, 2006 Germany
The rest is great memory. https://t.co/YdXbUq1xCW
— Amir (@am1rhamz4h_) August 13, 2022
Malah, ramai juga yang menjadikan David Beckham sebagai punca mengapa mereka mengikut Manchester United ketika zaman sekolah.
Selain United, ada juga yang mengikuti Real Madrid kerana bekas ketua pasukan England itu.
David beckham + rambut beckham https://t.co/7eDygowMUP
— 3.142🧂 (@faisalnekman_) August 14, 2022
Sebab Beckham pergi Real Madrid. https://t.co/ugChGbV5iW
— Izwan Nasir (@izwanxnasir) August 13, 2022
Selain Gerrard dan Beckham, pemain-pemain seperti Fernando Torres, Thierry Henry dan Francesco Totti adalah punca kenapa anda mengikuti sesebuah pasukan.
Kerana kegagahanmu, aku terpaut
Dalam tinjauan kami di Telegram pula, rata-rata pengikut kami mengikut sesebuah pasukan kerana faktor sejarah.
Kejayaan lalu seperti deretan gelaran liga, kejayaan dalam pertandingan benua adalah faktor kenapa ianya menjadi penyebab anda mengikut mereka.
“Sejarah dgn suasana kelab,” kata Wan Mohd Noor Azan.
“Pemain dgn sejarah,” balas Ahmad Aizzad.
“Minat dari kecil, [ada] kaitan dengan sejarah kelab,” ujar Syed Mokhtar pula.
Rata-rata penyokong kelab yang disebabkan sejarah ini barangkali adalah pendukung Liverpool, Manchester United dan juga Real Madrid yang mempunyai rekod lampau yang cukup hebat.
Tidak dilupakan juga kelab seperti Arsenal ketika tempoh awal Arsene Wenger bersama mereka dan juga AC Milan.
Kerana kekuatan tulang belakangnya
Tidak dinafikan, ada juga pembaca kami yang gemarkan sesebuah pasukan kerana faktor kekuatan tulang belakang sesebuah kelab iaitu pengurusan.
Lebih ditujukan kepada pengurus, ada yang menjadikan Wenger, Jurgen Klopp malah Sir Alex Ferguson sebagai faktor mereka mengikuti sesebuah pasukan.
“Corak permainan WengerBall di Arsenal dan pengaruh ayah bawa ke stadium waktu kecil tengok Negeri Sembilan, kata Taufik.
Gameplay wenger ball di Arsenal and pengaruh ayah bawa ke stadium waktu kecik tengok game Negeri Sembilan https://t.co/DM4WKUY2fR
— Taufik (@taufikmkhtr) August 14, 2022
“tahun 2000 kot Arsenal bantai Manchester United 3 – 1 ,main ‘bapak’ cantik. Terus melekat sampai sekarang,” ujar Aizat Ismail.
Dulu waktu kecik sokong Manu sebab popular , ?tahun 2000 kot Arsenal bantai Man U 3 – 1 ,main bapak cantik ..terus melekat sampai sekarang https://t.co/tBIkZj0shy
— Aizat Ismail 🇲🇾 (@fidelisaac) August 14, 2022
Apa-apa pun, tidak kira apakah sebabnya, ianya telah menjadikan anda sebahagian daripada pasukan tersebut.
Tidak kiralah ketika sedang menjadi jagoan atau pun tertunduk layu saban minggu, tetapi kita tetap akan terus setia bersama mereka kerana faktor cintakan pasukan.
Teruskan menyokong pasukan kesayangan anda.