Presiden Napoli Tak Akan Beli Pemain Afrika Yang Mahu Beraksi Di AFCON

Aurelio De Laurentiis

Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis telah mengambil pendekatan kontroversi apabila beliau tidak mahu mendapatkan mana-mana pemain yang berasal dari benua Afrika.

Tamabahan pula, Laurentiis tidak mahu pemain Afrika yang terlibat dalam skuad kebangsaan mereka dan ingin turut serta dalam African Cup of Nations (AFCON).

Beliau menetapkan syarat yang pemain-pemain Afrika jika berminat untuk menyertai Napoli agar menandatangani persetujuan untuk tidak menyertai AFCON sepanjang berkhidmat dengan mereka.

Sebelum ini, Napoli kehilangan Kalidou Koulibaly dan Andre Zambo Anguissa akibat penglibatan mereka dalam AFCON yang dilangsungkan pada pertengahan musim bola sepak Eropah iaitu Januari.

Aurelio De Laurentiis
Presiden Napoli – Aurelio De Laurentiis. GAMBAR: AFP

Kenapa mesti Afrika?

Melihat kepada tindakan Laurentiis itu, pengendali Senegal iaitu Aliou Cisse jelas sekali tidak senang dengan kenyataan Presiden Napoli itu.

Pada hemat beliau, pemikiran Laurentiis itu tidak lebih daripada sekadar diskriminasi orang Eropah terhadap Afrika.

Cisse berpendapat yang pemain dari benua Amerika Selatan lebih sukar untuk diuruskan apabila giliran pasukan kebangsaan beraksi.

“Kelab-kelab tidak akan berada lebih tinggi daripada bendera dan pasukan kebangsaan kami. Apabila pemain Brazil dipanggil, langsung tiada pertikaian.

“Kami berada lima jam sahaja dari Eropah. Di Amerika Selatan, mereka 18 jam daripada Eropah. Kenapa pertikaian ini hanya muncul apabila melibatkan pemain Afrika sahaja?,” persoal Cisse.

Setiap kali AFCON dilangsungkan, ianya pasti akan menjadi perdebatan dalam kalangan media dan pasukan di Eropah mengenai kemahuan melepaskan pemain mereka menyertai pasukan kebangsaan.

Hal ini disebabkan, AFCON yang merupakan kejohanan dwitahunan diadakan pada Januari yang ketika itu adalah detik penting musim bola sepak Eropah.

Namun begitu, bukanlah sengaja AFCON diadakan pada awal tahun kerana jika diadakan pada bulan Jun-Julai, cuaca panas melampau menghentam benua tersebut dan tidak praktikal untuk berbuat demikian.

Bagi penulis, kelab perlu lebih berlapang dada dalam hal ini kerana dari sudut pemain, mereka juga mahu mewakili negara mereka.

Ada masanya, kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Eropah amat menyakitkan dan seolah tidak sedarkan diri kerana mereka teguh disebabkan bintang-bintang Afrika.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN