Apa Yang Buatkan Media Indonesia Cukup Obses Dengan Kim Pan-gon?

Seperti diketahui, Kim Pan-gon merupakan jurulatih baharu yang telah pun memberi sentuhan positif di pentas antarabangsa bersama skuad kebangsaan biarpun masih belum cukup setahun dalam kem negara.

Kejayaan membawa skuad kebangsaan melayakkan diri ke pentas Piala Asia 2023 serta tampil naib juara kejohanan King’s Cup di Thailand baru-baru ini menjadikan beliau mula mendapat perhatian beberapa negara terdekat.

Malah, pengendali Vietnam iaitu Park Hang-seo seolah tidak boleh duduk senang dengan reaksi positif pasukan kebangsaan sehingga beliau memantau aksi Harimau Malaya pada kejohanan King’s Cup sebelum itu.

Sentuhan beberapa pengendali dari Korea Selatan ini jelas telah pun meninggalkan impak positif setakat ini di beberapa negara rantau Asia Tenggara seperti Indonesia dan Vietnam.

Untuk aksi Piala AFF yang bakal berlangsung hujung tahun ini, persediaan yang dibuat oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersama Pan-gon telah mula mendapat perhatian media luar seperti Indonesia.

Menurut salah satu media di sana iaitu CNN Indonesia, mereka menganggap Pan-gon seseorang yang memiliki strategi tersendiri untuk membawa kejayaan buat Harimau Malaya dalam saingan Piala AFF 2022.

Walaupun masih belum ada sebarang sasaran yang tepat untuk kejohanan ini, tetapi mereka mengakui persiapan dibuat Pan-gon ketika ini dianggap sangat serius.

https://twitter.com/cnnindonesia/status/1587268567493668864?s=46&t=YIsOwsQioXDb4Hasck-4FQ

“Akan tetapi, cara Kim Pan-gon sedang membuat persediaan untuk Malaysia jelas mereka berhasrat untuk meraih pencapaian besar dalam acara dwitahunan tersebut,” petikan daripada CNN Indonesia.

Apa yang menarik perhatian mereka ketika ini mengenai dua perlawanan persahabatan yang bakal dihadapi oleh skuad kebangsaan untuk menentang Maldives dan Kemboja pada awal Disember ini.

Berdasarkan dua perlawanan tersebut, Pan-gon jelas mempunyai rencana tersendiri untuk menguji para pemain supaya mereka boleh mempelajari karakter permainan lawan sebelum Piala AFF terutama sekali Kemboja.

Manakala Maldives pula dianggap sebagai salah satu negara yang agak kuat dalam bola sepak dan sesuai untuk menjadi lawan Harimau Malaya berdasarkan rekod pasukan tersebut menjuarai dua kali saingan Piala SAFF.

Tambahan lagi, Maldives masih lagi segar dengan kemenangan 3-1 ke atas Laos pada bulan September lalu dan mereka dianggap penting kerana Laos juga berada dalam satu kumpulan bersama Malaysia.

“Strategi pintar persiapan Pan-gon untuk menguatkan Harimau Malaya menjelang saingan Piala AFF sangat jelas ketika ini,” tambah media tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN