Here’s some info to impress your friends.
Pada perlawanan Serbia menentang Albania semalam, pengadil perlawanan Martin Atkinson menghentikan perlawanan pada minit 43′ selepas kekecohan berlaku antara pemain Serbia dan Albania.
Kekecohan bermula selepas satu drone yang mengibarkan bendera Albania dan mesej perkauman berlegar-legar di atas padang sehingga memaksa perlawanan dihentikan seketika.
Pertahanan tengah Serbia, Stefan Mitrovic berjaya mencapai bendera Albania yang dikibarkan oleh drone tersebut dan cuba membuang bendera tersebut.
Pemain Albania melihat Mitrovic melakukan perbuatan biadap terhadap bendera negara mereka. Mereka mula menyerang Mitrovic.
Things went apeshit bila pegawai dari kedua-dua pasukan dan penyokong mula masuk padang dan bergocoh.
Mengapa tindakan Mitrovic dikatakan biadap bagi pemain dan penyokong Albania?
Dalam pasukan kebangsaan Albania, terdapat 8 pemain dari kelahiran Kosovo. Sebelum ini Kosovo merupakan wilayah jajahan Yugoslavia (kini dipanggil Serbia). Antara tahun 1998 sehingga 1999, Kosovo mahu merdeka dari Yugoslavia. Tetapi dalam proses menuntut kemerdekaan, mereka tidak dapat mengelak untuk berperang dengan Yugoslavia.
Kosovo yang mendapat bantuan NATO (termasuklah Malaysia) berjaya menewaskan Yugoslavia. Yugoslavia akhirnya berpecah kepada dua negara – Serbia dan Kosovo. Di Malaysia, media memusingkan cerita dari aspek keagamaan. Puak Kosovo yang majoritinya Islam menentang puak Serb yang beragama Kristian Ortodoks. (baca ini)
Senang cerita – orang Kosovo dan Serbia bukan kawan. Jadi tindakan Mitrovic yang menurunkan bendera Albania dilihat sebagai ofensif – sebagaimana orang UMNO melihat tindakan Adam Adli yang menurunkan gambar Najib di PWTC sebagai ofensif.
TL;DR – Pemain Albania berketurunan Kosovo marah bila pemain Serbia, Stefan Mitrovic menurunkan bendera Albania yang mempunyai peta Kosovo. 14 tahun lepas, Kosovo dan Serbia pernah berperang. Mereka bukan kawan sejak dari itu.