Menurut maklumat daripada Utusan Malaysia, dua pemain import Perak FC, Careca dan Leandro dos Santos sebenarnya pernah meminta untuk dilepaskan.
Namun, kata sepakat gagal dicapai dan mereka bakal kekal untuk meneruskan baki saingan Liga Super musim ini yang bakal kembali penghujung bulan ini. Sebelum ini, Perak melalui masalah sehingga menyaksikan beberapa pemain angkat kaki.
Kemelut pembayaran gaji yang dilalui Perak menyaksikan mereka kehilangan khidmat Nazirul Naim yang berkelana ke Sabah FC, Shahrul Saad dan Guilherme de Paula (JDT), Kenny Pallraj dan J. Parthiban (KL City FC) serta Shakir Hamzah.
Kesemua pemain yang angkat kaki menyatakan betapa sukar untuk mereka memilih jalan itu kerana mereka seboleh-bolehnya mahu kekal bersama The Bos Gaurus.
Nazirul Naim Sah Ke Sabah, Perak FC Ibarat 'Kapal Tenggelam' https://t.co/Z39Xe0hyD2
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) May 26, 2021
Kedua-dua pemain itu merupakan tonggak utama Perak sejak beberapa musim ini. Pemain tengah bertahan, Leandro misalnya, telah bersama Perak sejak musim 2017 dan telah membantu Perak meraih kejuaraan Piala Malaysia pada musim 2018.
Pemain tengah menyerang, Careca pula telah menyertai Perak sejak musim 2019 dan merupakan pemain yang diharapkan untuk mencipta gerakan ke kubu lawan di saat Perak dilihat ketandusan sentuhan kreatif di jentera tengah sepanjang musim ini.
Daripada 13 perlawanan Liga Super yang dilalui, kedua-dua pemain itu telah tampil sebanyak 12 kali. Leandro telah merekodkan 1064 minit permainan dengan satu gol, sementara Careca pula meraih 1034 minit permainan dengan empat gol.
Jika kedua-duanya meninggalkan Perak tempohari bersama enam lagi pemain itu, Perak bakal melalui saat paling sukar untuk meneruskan baki saingan liga.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Perak juga telah membawa masuk lima pemain import baharu, yang mana dua daripadanya akan beraksi bersama Perak, sementara tiga lagi pemain termasuk Charlie Machell didaftar bersama Perak II.
Jad Noureddine and Samir Ayass are close to sealing the deal with Perak. Hussein Eldor was linked, but no talks happened as the club wanted Jad. Careca and Leandro will stay. Perak wants nine imports – Five for Perak I and four for Perak II. #MFLTransfer2021 #MSL2021
— T. Avineshwaran (@avineshW90) May 30, 2021
Charlie Machell merupakan pemain kelahiran England dikatakan boleh bermain di dua posisi iaitu tengah menyerang dan penyerang, telah menarik perhatian pengendali, Chong Yee Fatt dalam beberapa sesi latihan yang telah kembali bermula.
“Tengok dulu di mana kesesuaian pemain itu [Charlie Machell] yang sudah didaftarkan bersama pasukan Perak II. Dia sungguh profesional. Sikapnya sungguh menyenangkan hati pegawai dan rakan sepasukan,” ungkap Yee Fatt kepada Utusan Malaysia.
Adakah Perak akan menurunkan Careca dan Leandro ke Perak II disebabkan tindakan memohon untuk dilepaskan? Dengan kemasukkan lima pemain import baharu, adakah ia satu amaran buat kedua-dua pemain yang sebenarnya tidak bersalah.
Selain Charlie Machell, turut didaftarkan dalam pasukan pembangunan Perak, Perak II bimbingan Syamsul Saad itu ialah Samir Ayass dan Ghislain Guessan. Jad Noureddine dan Zoubairou Garba pula telah didaftarkan untuk bersama skuad utama.
Perak ketika ini berada di kedudukan ke-10 liga, hanya satu mata dibezakan dengan Melaka United yang mengumpul 11 mata dan berada di zon penyingkiran. Perak akan bertemu Terengganu FC pada 24 Julai sebelum bertemu KL City FC pada 27 Julai.
Baca lagi artikel lain mengenai Perak FC dan bola sepak antarabangsa:
Perak FC Lancar Jersi Khas Sambutan 100 Tahun Yang Cukup ‘Merecik’
Nazirul Naim Sah Ke Sabah, Perak FC Ibarat ‘Kapal Tenggelam’
Rasai Pengalaman Berbeza Menonton UEFA EURO 2020™ Dengan Astro Go Interactive Mode