Apa Yang Perlu Kita Makan Sebelum Bermain Bola Sepak?

Perkara ini mungkin perkara yang bagi kita yang amatur atau separuh profesional adalah tidak penting.

Namun apa yang kita makan sebelum bermain sebenarnya mampu memberikan kesan kepada prestasi kepada kita apabila beraksi tidak kira apabila bermain bola sepak, futsal atau bola sepak pantai.

Oleh itu, kami ceritakan secara ringkas kepada anda mengenai apa yang perlu anda makan sebelum, semasa dan selepas perlawanan untuk pemain bukan profesional seperti kita semua.

Permulaan hari

Kami mulakan dengan apa yang pemain bola sepak makan seawal waktu makan pertama mereka iaitu sarapan di pagi hari.

Sarapan terbukti secara umumnya sebagai pembantu kepada kita untuk kekal bertenaga untuk mengharungi hari yang panjang.

Bagi pemain bola sepak, lazimnya mereka akan mengambil bubur. Namun bukanlah bubur kosong sahaja.

Lazimnya, bubur akan disertakan sekali dengan pelbagai bijirin untuk agar bubur tersebut terdapat pelbagai pelbagai rasa serta menjadikan ia lebih enak.

Jika bubur mungkin terlalu berat untuk diambil ketika sarapan, anda boleh mengambil telur seperti telur hancur ketika sarapan.

Namun begitu, telur hancur itu didatangkan bersama roti pita atau dimakan bersama-sama dengan gabungan beberapa jenis roti seperti roti putih dan roti gandum penuh.

Snek ringan

Lazimnya, apabila kita bercakap mengenai snek pasti kerepek kentang atau minuman bergas yang akan keluar dari fikiran kita bukan?

Namun bagi pemain bola sepak, snek mereka adalah berkisarkan protein, protein dan protein!

Selalunya mereka akan menjadikan protein flapjacks (gambar bawah) sebagai pilihan utama. Protein flapjack merupakan sebuah kepingan yang mempunyai nilai protein yang tinggi di dalamnya.

Kebiasaanya, snek yang dimakan oleh pemain bola sepak adalah berprotein tinggi dan dimakan begitu sahaja secara mentah.

Hal ini kerana, mereka tidak mahu ada campuran gula atau lemak yang tinggi di dalamnya.

Masa yang berbeza

Masa dan jenis makanan merupakan perkara yang saling berkait.

Lazimnya, makan sebelum perlawanan (pre-match meal) akan diambil 3 jam sebelum perlawanan berlangsung.

Dan jenis makanan yang dimakan adalah berbeza mengikut waktu sepak mula.

Jika sepak mula perlawanan adalah pagi, maka jenis makanan yang adalah berbeza. Dan jika perlawanan itu berlangsung pada petang atau malam, ia sedikit berbeza dengan makanan untuk waktu sepak mula ketika sesi pagi.

Berikut adalah contoh menu makanan sebelum perlawanan untuk perlawanan yang dilangsungkan pada waktu pagi:

  • Bijirin berserat tinggi, pisang, madu dan susu
  • Telur hancur, roti gandum penuh yang dibakar dan yogurt
  • Bubur, susu, madu dan buah-buahan
  • Lempeng, madu, pisang dan yogurt

Dan dibawah ini adalah contoh makanan sebelum perlawanan untuk perlawanan yang dilangsung pada petang atau malam:

  • Spagheti penuh gandum bersama kuah bolognese
  • Ayam, keju rendah lemak dan bagel penuh gandum
  • Kentang bakar bersama mayonis tuna
  • Roti penuh gandum bakar bersama kentang bakar

Apa yang kita boleh lihat disini, makanan sebelum perlawanan untuk sepak mula petang dan malam lebih berat berbanding makanan sebelum perlawanan bagi sepak mula sebelah pagi.

Makan minit akhir

Jika makanan sebelum perlawanan diambil 3 jam sebelum perlawanan, terdapat juga makanan yang diambil pada sejam sebelum perlawanan berlangsung.

Sesi makan ini dikenali sebagai last-minute meal atau makan minit akhir. Lazimnya untuk sesi ini hanya makanan berbentuk ringan sahaja diambil.

Makan minit akhir ini bertujuan untuk memastikan pemain berada terhidrat pada tahap maksimum serta bertenaga 100% menjelang perlawanan.

Contoh-contoh makanan yang boleh diambil pada sesi makan minit akhir adalah:

  • Segelas jus oren
  • Bar bijirin
  • Minuman isotonik
  • Roti putih dengan sapuan jem/madu
  • Pisang

Alat penghidrat

Selain makanan, minuman yang betul juga memainkan peranan sebelum, semasa dan selepas anda beraksi.

Hal ini kerana, minuman akan membantu anda untuk menggantikan air yang hilang dalam badan ketika anda bermain.

Seeloknya, anda perlu mula minum cecair 4 jam sebelum anda mula beraksi.

Caranya mudah, anda perlu minum sama ada air kosong atau air isotonik setiap 10 hingga 15 minit. Anda juga boleh minum kedua-duanya jika anda mahu, terpulang kepada pilihan anda.

Ketika beraksi, pastikan anda dapat minum air setiap kali anda berpeluang untuk melakukan sedemikian ketika perlawanan.

Minum air adalah penting untuk kita. Hal ini kerana untuk pastikan kita terus bertenaga menghadapi perlawanan berintensiti tinggi serta cabaran-cabaran lain seperti cuaca panas ketika perlawanan.

Selepas perlawanan

Selepas perlawanan, terdapat juga beberapa makanan yang sesuai untuk kita ambil bagi memberikan semula tenaga kepada badan kita selepas penat beraksi.

Antara makanan yang boleh diambil selepas letih beraksi adalah:

  • Bar bijirin
  • Minuman yogurt
  • Pisang
  • Sandwish dengan kepingan daging

Kesimpulan

Demikian adalah sebahagian tips permakanan yang boleh anda amalkan sekiranya anda hendak beraksi.

Pemain amatur sangat berbeza dengan pemain profesional. Hal ini kerana mereka dikawal rapi dengan pakar permakanan kelab yang mahukan mereka sentiasa berada dalam prestasi terbaik.

Anda ada tips permakanan yang baik yang boleh digunakan untuk pemain bola sepak? Kongsikan di ruangan komen!

Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!

[adrotate banner=”27″]

Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.

Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?

Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!

Baca juga: Mengenali Peranan Pemain Sayap Tengah (Central Winger), Baka Moden No.10 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN