Dalam dunia permainan video bagi sukan bola sepak, terdapat 3 permainan bola sepak utama iaitu FIFA, Pro Evolution Soccer (PES) dan juga Football Manager.
Dikala FIFA & PES memberikan pengalaman bermain yang hampir sama, Football Manager memberikan pengalaman yang sangat berbeza.
Tapi apa itu Football Manager?
Evolusi
Football Manager (FM) merupakan sebuah permainan simulasi mengenai pengurusan bola sepak.
Ia berevolusi daripada permainan Championship Manager yang pertama kali dikeluarkan pada tahun 1992 dengan ketika itu pihak Sports Interactive dan Eidos Interactive sama-sama menghasilkan permainan ini.
Namun begitu, pihak Sports Interactive dan Eidso Interactive berpisah Sports Interactive hilang hak untuk menggunakan nama Championship Manager itu.
Akan tetapi, kerjasama bersama Sega menyaksikan permainan ini kembali dengan nama baharu iaitu Football Manager pada tahun 2004.
Apa itu Football Manager?
Dalam permainan ini anda akan menjadi pengurus pasukan bola sepak yang sebenar dengan maksud anda perlu menjaga segala perihal mengenai pengurusan bola sepak kelab.
Hal ini termasuk anda menguruskan:
- Taktikal pasukan
- Jadual pra-musim
- Rejim latihan
- Urusan jual beli pemain
- Kontrak dan banyak lagi
- Urusan pelantikan staf kejurulatihan kelab, fisio dan pencari bakat (scout)
- Tugasan untuk pencari bakat dan banyak lagi
Tugasan-tugasan itu bagaimana pun boleh diberikan kepada penolong pengurus anda atau pengarah bola sepak anda untuk diuruskan oleh mereka.
Permainan anda tidak tertumpu pada hari perlawanan sahaja, tetapi merangkumi urusan harian kelab.
Selain itu anda perlu merencana taktikal terbaik untuk pasukan pasukan berjaya memenangi perlawanan-perlawanan yang bakal dilalui.
Nama pun permainan menguruskan pasukan, jadi sudah semestinya permainan FM ini tidak membenarkan anda mengawal pergerakan pemain anda ketika perlawanan seperti dalam FIFA & PES.
Namun anda masih perlu menumpukan perhatian ketika perlawanan. Hal ini kerana anda perlu memberikan team talk kepada pasukan sebelum perlawanan, semasa perlawanan, ketika rehat dan juga selepas perlawanan.
Selain itu, anda perlu mengubah taktikal pasukan sekiranya pasukan anda tidak berjaya menguasai perlawanan dengan baik.
FM ada 2 jenis untuk versi komputer iaitu Football Manager biasa serta Football Manager Classic (FMC).
Untuk FMC, pemain tidak perlu mengawal banyak perkara. Lazimnya hanya bahagian taktikal dan jual beli pemain sahaja yang perlu dikawal.
Dimana ketagihannya FM?
FM sering dikaitkan sebagai permainan yang memberi ketagihan yang cukup kuat kepada para pemainnya.
Tetapi dimana seronoknya bermain FM?
Seronok bermain FM ini terletak kepada keseronokannya menyusun taktikal dan melihat hasil taktikal itu menjadi ketika perlawanan dilangsungkan.
Perasan seperti pengurus sebenar akan terhasil apabila pemain anda menjaringkan gol terutamanya rembatan jarak jauh dari luar kotak atau gol minit-minit akhir perlawanan.
Namun jika anda gagal memenangi perlawanan, kemahuan untuk mengubah taktikal serta rasa ingin memenangi perlawanan seterusnya akan membuak-buak.
Selepas menang, anda pula akan ketagih untuk terus menang dan menang. Dari situlah ketagihan bermain FM tiba.
Di mana nak main FM?
FM terdapat dalam versi komputer yang memerlukan anda membeli permainan ini Steam dengan harga sekitar RM100.
Untuk telefon pintar, terdapat anda boleh dapatkan di Google Play untuk Android dan juga App Store untuk iOS dan anda perlu membeli sekitar RM37.
FM di komputer dan juga di telefon pintar mempunyai perbezaan. Hal ini kerana untuk versi komputer terdapat lebih banyak feature berbanding untuk versi telefon pintar atau tab.
Jika hendak dibandingkan dengan permainan pengurusan bola sepak seperti Top Eleven, PES Club Manager atau Champ Man, sememangnya FM jauh ke hadapan dan lebih menghiburkan.
Tetapi dengan wujudnya versi telefon pintar, ia sedikit sebanyak telah mengurangkan jurang antara 3 permainan tersebut di peranti telefon pintar.
Bagi penulis, PES Club Manager adalah permainan pengurusan bola sepak terbaik untuk versi telefon pintar sambil diikuti oleh Champ Man dan juga Top Eleven.
Jadi inilah sedikit sebanyak penerangan ringkas mengenai permainan Football Manager bagi mereka yang tidak pernah main permainan ini.
Harus diingat, permainan ini sungguh real sehinggakan lagenda Manchester United iaitu Ole Gunnar Solskjaer mempelajari ilmu pengurusan bola sepak menerusi permainan ini sebelum menjadi pengurus di dunia sebenar.
Apa lagi? Jom main Football Manager!
Baca juga: 5 Cabaran ‘Maha Susah’ Yang Patut Anda Cuba Di Football Manager 2017