Ikon bola sepak antarabangsa, David Beckham mendedahkan bagaimana kehidupannya menjadi begitu ‘memenatkan’ akibat gangguan atau penyakit obsesif kompulsif (OCD).
Dalam dokumentari terbaharu yang disiarkan Netflix, bekas kapten England tersebut menceritakan bagaimana beliau menghabiskan masa berjam-jam untuk membersih dan mengatur rumahnya ketika seluruh keluarganya sedang berehat di atas katil.
Apa itu OCD?
Dr. Firdaus Abdul Gani dalam tulisannya yang disiarkan Astro Awani menjelaskan, Penyakit Obsessif Kompulsif (OCD) adalah sejenis penyakit mental dan mempunyai dua komponen utama iaitu obsesif (pemikiran) dan kompulsif (tindakan).
Masyarakat umum mengenalinya sebagai penyakit was-was kerana biasanya mereka yang mengalami penyakit tersebut seringkali mempunyai perasaan ragu-ragu sehinggakan melakukan tindakan yang sama berulang kali.
One of the things I really struggle with having OCD is this. Takes up so much energy pic.twitter.com/YpJuHHu0eI
— Jay Deak (@deakefc) January 18, 2023
OCD boleh menjejaskan mempunyai fungsi harian individu. Ini disebabkan individu tersebut didominasi oleh pemikiran atau obsessi yang mengganggu diikuti perbuatan kompulsif secara berulang-ulang untuk mengurangkan keresahan yang dialami.
OCD juga dibincangkan sama ada ianya penyakit atau sekadar personaliti seseorang yang amat teliti dan mementingkan kesempurnaan.
Beckham dan OCD
Adakah perkara mengejutkan Beckham tergolong dalam kalangan OCD?
Seringkali kita beranggapan golongan yang mementingkan ketelitian, perincian dan kesempurnaan adalah wanita. Namun statistik menunjukkan gejala ini lebih banyak dialami oleh lelaki berbanding wanita.
Lelaki dan wanita mempunyai kadar yang sama untuk mendapat penyakit ini. Bagaimanapun, lelaki biasanya mendapat penyakit ini pada usia yang lebih muda serta mempunyai gejala yang lebih teruk berbanding wanita.
“Ianya benar, apabila semua orang di atas katil, saya akan pusing sekeliling rumah untuk membersihkan lilin, menyusun lampu mengikut kedudukan yang betul, pastikan semua bahagian kemas,” ujar Beckham.
“Saya memotong lilin, saya bersihkan cermin, itu yang haiwan belaaan tak suka, cuci jelaga di sekeliling bahagian dalam lilin. Saya tahu ia pelik.”
Kru dokumentari kemudian sempat merakam dapur di rumahnya untuk melihat sejauh mana keadaannya.
“Saya membersihkannya sebaik mungkin, saya tak pasti sama ada ianya benar-benar dihargai oleh isteri saya atau tidak, secara jujur.”
David Beckham reveals the one cleaning hack he MUST do before bed – and admits the habit is 'weird and tiring' amid OCD struggles https://t.co/7EfMrgIHnL pic.twitter.com/XX229zSfHY
— Daily Mail Online (@MailOnline) April 28, 2023
Isterinya, Victoria Beckham kemudian respon dengan serta merta dan berkata, “Dia sangat teliti” dan menjawab kepada Beckham yang beliau amat menghargai suaminya.
Beckham mengakui ada kalanya dia merasakan ‘ritual’ pembersihan tersebut memenatkan, tetapi merasa terpaksa melakukannya.
Malah dalam satu temubual bersama Daily Mail, pemilik kelab MLS, Inter Miami ini berkongsi bagaimana beliau akan mengira setiap pakaian miliknya dan menyusun majalah dalam garis lurus dengan corak simetri.
“Saya mempunyai OCD ini di mana saya perlu pastikan segala-galanya dalam garis lurus atau semuanya berpasangan. Saya akan susun tin Pepsi saya dalam peti sejuk secara teratur dan jika terlalu banyak saya akan susunkannya dalam almari lain. Semuanya mesti sempurna.”