Apa itu Boxing Day?
Kita kerap mendengar satu terma hari perlawanan yang disebut Boxing Day. Ia merujuk kepada hari perlawanan selepas hari Natal yang berlangsung pada 26 Disember.
Namun untuk kes-kes tertentu ada juga perlawanan pada 27 Disember, tetapi kemeriahnnya tidak samalah.
Kekeliruan kita kadangkala menganggap ia hanya metafora kepada hari perlawanan panas seperti perlawanan tiju. Tidak, ia bukan begitu.
Sejarah Boxing Day
Boxing day adalah satu kebudayaan orang Inggeris dan banyak negara di Eropah bukannya keagamaan. Terma ini sudah wujud di England sejak pertengahan abad ke-19, ketika pemerintahan Ratu Victoria.
Budaya masyarakat Inggeris zaman tersebut, golongan bawahan ataupun pekerja akan melayan majikan mereka dengan menyediakan masakan yang enak pada Hari Natal. Maknanya, mereka tidak ada cuti pada hari Natal.
Selepas layanan yang istimewa, pada keesokan harinya si majikan pula akan memberikan pekerja mereka hadiah dan perlepasan cuti. Hadiah biasanya dimasukkan di dalam kotak merah.
Hadiah ini pelbagai, ada yang memberikan wang, perhiasan dan macam-macam lagi. Jadi, secara ringkasnya, boxing day adalah berasas dari perkataan box ataupun kotak. Ia adalah hari membuka kotak hadiah.
Setelah zaman berubah, tradisi pekerja melayan bos pada hari Natal tidak wujud. Semua nak cuti dah! Namun ia diubah menjadi hari dimana orang Inggeris akan memberikan hadiah sesama keluarga terutama kepada anak-anak mereka.
Mereka meletakkan kotak di ruang tamu dan akan dibuka oleh anak-anak mereka. Ada juga yang menjadikan boxing day sebagai hari untuk memberikan hadiah kepada orang yang memerlukan seperti gelandagan dan peminta sedekah.
Mereka dibawa pergi makan ke restauran dan membeli baju baru. Ia subjektif dan berlaku pada 26 Disember setiap tahun. Konsep blockbuster day di Jerman tidak ada bezanya dengan boxing day di England.
Boxing Day Dalam Bola Sepak
Orang Ingeris menjadikan bola sepak sebagai salah satu budaya mereka. Jadi, mereka menganggap bola sepak juga hadiah kepada mereka ketika boxing day. Menikmati cuti dengan rakan-rakan dan keluarga di stadium!
Bukan sahaja bola sepak, malah sukan-sukan lain yang berlangsung pada 26 Disember akan dilabel hari perlawanan Boxing Day.
Ia seakan-akan menjadi hari sukan ketika ramai orang sedang bercuti di banyak negara di Eropah termasuk Australia.
Jadi, ia adalah perlawanan bola sepak atau acara sukan yang biasa tetapi berlangsung pada hari boxing day.
Syarat Khas Perlawanan Boxing Day
Antara cara orang England dan Eropah meraikan boxing day adalah dengan menonton perlawanan bolasepak. Jadi pada boxing day, perlawanan biasanya akan melibatkan pasukan yang dekat.
Jadi, ia akan senang diakses oleh penyokong lawan dengan tren dan sebagainya. Jarak perjalanana away game terlalu jauh akan meletihkan penyokong pelawat.
Namun begitu derbi setempat sangat tidak digalakkan kerana ia boleh mengganggu keharmornian kekeluargaan pada boxing day. Sebab itu ada suara mengkritik penjadualan perlawanan Derbi Merseyside minggu lalu.
Ini kerana ia berlangsung sebelum Boxing Day. Konsep bermain bola sepak pada boxing day ini telah dikekalkan banyak negara kerana mereka mendapat manfaat.
Ini kerana dengan adanya boxing day pemain tidak boleh makan sesuka hati dan minum alkohol ketika perayaan. Lebih penting, hari Boxing Day di EPL juga kerap menjadi pembayang kepada juara liga.
Bayangkan di Malaysia ada perlawanan pada Hari Raya kedua sebab pengurusan tidak mahu pemain terlalu me’rendang’ dan jaga diet ketika perayaan. Ia tidak akan berlaku rasanya sebab jarak antara pasukan di Negara kita terlalu jauh.
Itulah maksud Boxing day. Harap ia tidak disalah tafsir sebagai hari tinju. Ini pula jadual Boxing Day untuk EPL pada kali ini.
Baca juga : Isu Kontrak Dan Gaji Pemain, Sebab Dan Solusi Yang Boleh Diambil!