4 Insiden Rusuhan Penyokong Bola Sepak Yang Berlaku Di Tandas

Jika anda tinggal di Selangor atau Kuala Lumpur, pasti isu ketiadaan air menjadi topik hangat sejak akhir-akhir ini.

Bukan sahaja di Selangor dan Kuala Lumpur, malah di seluruh negara menceritakan masalah air yang berlaku sejak akhir-akhir ini di Lembah Klang.

Ditambah lagi dengan protes seorang pemimpin yang berpakaian mandi berjalan ke pejabat kerajaan Selangor.  Gelagat seorang aktivis NGO mengucap syukur di dalam bilik air membuatkan isu ini semakin mendapat perhatian sama ada secara serius ataupun secara sarkastik.

Bila bercakap mengenai air, bila selalunya kita menggunakan air? Di tandas bukan?

Jadi kami terfikir, pernahkah dalam bola sepak terjadinya rusuhan penyokong di tandas?

Dan ini hasil penemuan kami.

AFC Wimbledon (2012)

Bagi yang sudah lali dengan bola sepak Inggeris, pasti anda tahu mengenai kebencian para peminat AFC Wimbledon terhadap kelab MK Dons.

MK Dons yang ditubuhkan atas penempatan semula kelab Wimbledon FC ke bandar Milton Keynes telah mengundang para peminat Wimbledon FC.

Kerana kecewa, penyokong Wimbledon FC mewujudkan AFC Wimbledon untuk menhidupkan semula kelab mereka yang mati kerana kerakusan orang-orang yang tidak bertanggungjawab.

Pada 2012, AFC Wimbledon dipertemukan dengan MK Dons dalam aksi FA Cup ditempat lawan.

Perlawanan itu dipenuhi dengan provokasi. Hal ini kerana, kedua-dua penyokong memasuki padang setiap kali pasukan mereka menjaringkan gol.

MK Dons menang 2-1 dalam perlawanan itu, dan satu insiden yang tidak diingini berlaku.

Tandas di Stadium MK telah dirosakkan dan dimusnahkan dan ini menyebabkan kerugian kepada MK Dons sebanyak £10 ribu.

MK Dons telah menuduh penyokong AFC Wimbledon merosakkan tandas mereka, namun pihak AFC Wimbledon menafikan perbuatan tersebut dilakukan oleh penyokong mereka sambil mengatakan tuduhan MK Dons itu cumalah khabar angin.

Tottenham Hotspur (2015)

Dalam aksi League Cup antara Totteham Hotspur dan Arsenal di White Hart Lane, penyokong Arsenal telah mencabut papan bertulis kata-kata semangat untuk Tottenham Hotspur di stadium tersebut.

Berang dengan tindakan penyokong Arsenal itu, penyokong Tottenham Hotspur bertindak untuk membalas dendam ke atas apa yang dilakukan oleh penyokong Arsenal.

Ketika perlawanan Premier League antara kedua-dua pasukan di Emirates, penyokong Tottenham Hotspur telah mengambil keputusan untuk merosakkan tandas di Emirates.

Mereka memecahkan sinki paip dan tempat membuang air kecil di tandas tersebut sehingga menyebabkan kerosakan teruk pada tandas tersebut.

Selepas itu, penyokong Tottenham Hotspur dengan bangganya berkata, “misi terbalas.”

Rangers (2016)

Celtic dan Rangers buat pertama kalinya bertemu dalam aksi liga buat pertama kalinya selepas 4 tahun pada bulan September yang lalu.

Rangers semestinya yakin untuk memberikan cabaran sengit kepada Celtic di perlawanan yang dilangsungkan di Celtic Park. Hal ini kerana, Rangers telah menewaskan Celtic pada aksi separuh akhir Scottish Cup pada musim sebelumnya.

Namun begitu, apa yang dirancang tidak menjadi. Rangers tewas teruk 5-1 di tangan Celtic, dan semestinya penyokong Celtic mempunyai hak untuk berlagak pada hari tersebut.

Barangkali berang dengan keputusan dan tidak tahan dengan provokasi dari peminat Celtic, penyokong Rangers telah bertindak untuk memusnahkan tandas di Celtic Park.

Penyokong Rangers sememangnya memusnahkan tandas di Celtic Park dengam merosakkan pintu dan tandas, mangkuk jamban dan sebagainya.

Anda boleh lihat video kerosakan tersebut dibawah.

Brazil (2014)

Insiden ini bukanlah berlaku di tandas, tetapi melibatkan barangan di tandas iaitu mangkuk tandas.

Selepas perlawanan diantara Santa Cruz dan Parana dalam aksi liga divisyen kedua Brazil, terjadi satu pergaduhan diantara kedua-dua penyokong di luar stadium.

Pergaduhan tersebut berlaku dihadapan pagar nombor 6 stadium, dan tanpa disangka-sangka telah meragut nyawa seorang penyokong.

Penyokong yang ketika itu berada bersama temannya dibaling dengan mangkuk tandas dari tempat duduk stadium, beliau kemudiannya jatuh selepas mangkuk tandas itu jatuh tepat ke arahnya.

Mangsa yang kemudiannya rebah mendapat perhatian orang ramai lalu mereka mengerumuni beliau, namun pada ketika itu beliau sudah pun menghembuskan nafas terakhirnya.

Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!

[adrotate banner=”27″]

Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.

Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?

Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!

Baca juga: Nabi Muhammad Dan Bola Sepak: Apabila Penyokong Schalke 04 Nyanyi Nama Nabi

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN