‘Apa Istimewanya Natxo Insa?’ – Keputusan Jawatankuasa Tatatertib FAM Cetus Kemarahan

Natxo Insa Jawatankuasa Tatatertib FAM

Media sosial ‘meriah’ dengan komen-komen penyokong serta pemerhati bola sepak tempatan sebaik sahaja Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan keputusan kepada empat pemain yang didapati melakukan kesalahan dalam aksi Liga Malaysia (Liga-M).

Apa yang membuatkan menjadi isu adalah ketiadaan nama Natxo Insa selepas pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) tersebut bertindak keterlaluan dengan menolak pengadil perlawanan sewaktu aksi menentang Perak tempoh hari.

Pengadil terkemuka negara, Subkhiddin Mohd Salleh dalam komennya menegaskan Insa sepatutnya menerima layangan kad merah dan dikenakan hukuman tegas.

“Kalau kita mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengadil, dalam undang-undang ada menyatakan di mana seseorang pemain yang mengeluarkan kata-kata atau perbuatan kesat, mencerca, menghina pegawai perlawanan, dia akan diperintahkan keluar padang.

“Jadi, apabila melibatkan kelakuan ganas seperti ini, hukuman (penggantungannya) bukan lagi satu atau dua perlawanan, ia akan melibatkan tempoh yang lebih panjang.

“Sebab itu ada pemain yang digantung sehingga setahun dan ada pula pemain yang digantung lima perlawanan. Kalau di luar negara, pemain yang hebat-hebat pun ada yang dikenakan penggantungan lima perlawanan,” kata Subkhiddin.

Dua pemain Jack Hindle dari Kelantan dan Alex Goncalves dari Melaka United telah diberikan amaran keras dan berdepan hukuman yang lebih berat sekiranya mengulangi kesalahan yang sama.

Manakala pemain Selangor FC 2, Hein Htat Aung dan pemain PJ City, Khairul Anuar Zamri pula masing-masing dikenakan hukuman penggantungan satu dan dua perlawanan serta diberi amaran keras dan turut berdepan hukuman yang lebih berat sekiranya mengulangi kesalahan yang sama.

Dengan keputusan yang diumumkan ini, buat kesekian kali reputasi FAM dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dipersoalkan kerana timbul unsur pilih kasih atau ‘double standard’ terhadap pasukan tertentu yang bersaing dalam Liga-M.

Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dalam ciapannya mengatakan kes membabitkan Natxo Insa belum diputuskan kerana insiden tersebut berlaku lewat berbanding empat kes lain dan difahamkan sedang melalui proses tatatertib sebelum dijatuhkan hukuman.

Namun agak tidak masuk akal untuk menagguhkan ‘perbicaraan’ terhadap pemain tersebut kerana insiden berkenaan sudah pun beberapa hari berlalu dan segala bukti rakaman dan sebagainya telah pun tersedia untuk Jawatankuasa Tatatertib membuat penilaian dan keputusan.

Perkara tersebut jelas hanya akan menimbulkan persepsi tidak baik di kalangan penyokong bola sepak tempatan kerana selama ini hukuman kepada pasukan lain diwar-warkan seperti biasa.

Sebelum ini Ketua Pengarah Eksekutif MFL, Ab Ghani Hassan mengatakan pihaknya pernah memberi surat tunjuk sebab dan mendenda JDT, tetapi tidak mendedahkannya secara terbuka.

Apabila persepsi tidak baik seperti ini mulai timbul, maka integriti Jawatankuasa Tatatertib FAM dan MFL akan terus dipersoalkan. Bukankah itu hanya membawa keburukkan dalam usaha menjadikan saingan bola sepak tanah air sebagai industri yang disegani?

Kredit Foto: Unifi TV

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:

Jika Lutut Tidak ‘Barai’ Kali Ke-3, Azalinullah Sepatutnya Layak Sarung Jersi Harimau Malaya

Kenangan K. Rajagopal Sebagai Pemain Muda Digandingkan Dengan Legenda SuperMokh

Senarai Perbuatan FAM & MFL Yang Boleh Buat Penyokong Muak

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN