Apa Agaknya Dalam Fikiran Mike Ashley? Rafa Benitez Kecewa Dengan Aktiviti Perpindahan

Penyokong Newcastle United jelas kecewa dengan aktiviti pada bursa perpindahan mereka kali ini. Ramai yang bertanya, adakah Newcastle ada masalah kewangan kritikal ataupun memang berpuas hati dengan skuad yang ada.

Ramai penyokong simpati dengan Rafa Benitez yang sebelum ini dijanjikan akan diberikan dana perpindahan sekiranya membantu kelab itu naik ke EPL.

Walaupun naik ke ke EPL, pada musim lalu, Rafa Benitez tetap tidak diberikan dana yang cukup untuk perpindahan pemain. Namun Rafa Benitez tetap berjaya membantu Newcastle menamatkan liga di tangga ke-10.

Hal yang sama berlaku dalam perpindahan kali ini. Pengendali dari Sepanyol itu akhirnya bersuara tentang perkara itu selepas seri 2-2 menentang Hull dalam perlawanan pra musim.

Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, beliau berkata:

“Adakah skuad kami yang ada sekarang ini cukup bagus? Jawapannya tidak!”

Newcastle berhadapan dengan isu pemilikan kelab. Dalam 5 atau 6 bulan terakhir ini, kelab itu dilaporkan mungkin akan dibeli pemilik baru.

Mungkinkah itu adalah sebab Mike Ashley tidak komited dalam pemberian dana kepada pengurus?

Mike Ashley tidak membuat sebarang kenyataan media tentang komitmen beliau kepada pasukan.

Sepertimana dilakukan Roman Abramovich ketika penyokong menuduh beliau sudah tidak mahu melabur lagi dalam pasukan Chelsea kerana mahu menjual kelab tersebut.

Roman Abramovich bingkas bersuara menyatakan yang beliau masih komited kepada kelab tersebut.

Newcastle United hanya mendapatkan Ki Sung Yueng secara percuma dan menebus kontrak pinjaman Dubravka dan Kenedy yang menyertai mereka sejak musim lalu.

“Pasukan ini memerlukan tambahan pemain lagi, itu jelas sekali. Dan jelas sekali juga, kami harus melakukannya.”

“Kami boleh mendapatkan beberapa pemain ketika di Portugal dalam jelajah pra musim. Namun kalau boleh saya mahukan ia lebih segera.”

“Saya pernah tegaskan sebelum ini, jika kami mendapat sesiapa sahaja pemain baru ianya lebih baik daripada tiada langsung.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN