Anumanthan Mohan, Rabih Ataya Bakal ‘Suntik’ Perubahan Di Kedah

Anumanthan Mohan Rabih Ataya Kedah 2021

Kurang dua minggu menjelang sepak mula Liga Super 2021, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dilihat sudah memuktamadkan senarai penuh pemain mereka.

Beberapa kemasukkan pemain telah mencuri tumpuan sejak penghujung tahun lalu antaranya Rodney Calvin yang dipinjam dari Selangor FC, Anumanthan Mohan, Ariff Farhan, Syazwan Zainon dan pemain skuad kebangsaan Lubnan, Rabih Ataya.

Jadi, apa yang Anumanthan Mohan dan Rabih Ataya mampu bawa ke dalam skuad Kedah? Yang jelas, Kedah kurang menjadi di jentera tengah apabila pemain import yang diharapkan menjadi jeneral dalam padang, Amin Nazari, gagal teruk.

Siapa pemain tengah yang Kedah miliki

Untuk musim 2021, pemain yang boleh bermain di posisi tengah adalah pemain skuad kebangsaan Singapura, Anumanthan Mohan, Baddrol Bakhtiar, Amirul Hisyam Awang Kechik, Rabih Ataya, Fadzrul Danel, Tam Sheang Tsung dan Aiman Afif.

Tam Sheang Tsung dan Aiman Afif dijangkakan hanya menjadi pemain pilihan ketiga sebagaimana musim lalu. Namun, jika mereka berjaya memikat pengendali, Aidil Sharin, tidak mustahil untuk mereka meraih sedikit minit permainan nanti.

Musim lalu, kapten, Baddol Bakhtiar adalah pemain yang memiliki minit permainan tertinggi di jentera tengah dengan 900 minit permainan, diikuti oleh Amirul Hisyam (664 minit), Fadzrul Danel (586 minit) dan Amin Nazari (535 minit).

Rabih Ataya pula telah merekodkan 810 minit permainan ketika membantu UiTM FC mengejutkan banyak pihak menamatkan musim di kedudukan ke-6 liga, sementara Anumanthan Mohan pula tampil sebanyak 446 minit bersama Hougang United.

Sistem apa yang Kedah akan main

Semua tahu sistem permainan yang dimainkan Kedah sejak Aidil Sharin mengambil alih pasukan. Formasi asas pasukan adalah 4-3-3 dan mereka juga boleh bermain dengan sistem 4-2-3-1 dan juga 4-4-2 dalam satu-satu perlawanan.

Sebagaimana yang dikatakannya kepada Semuanya BOLA, “Saya suka taktikal yang pelbagai, ada short pass dan ada direct pass. Bergantung kepada pasukan lawan yang saya akan jumpa. No such thing hanya satu arahan taktikal sahaja.”

Untuk musim lalu, untuk kesebelasan utama, dalam formasi 4-3-3, Kedah banyak meletakkan gandingan Baddrol Bakhtiar, Amirul Hisyam, Amin Nazari iaitu sebanyak lima kali, diikuti gandingan Baddrol Bakhtiar, Amirul Hisyam, Fadzrul Danel (3 kali) dan Fadzrul Danel, Amin Nazari, Amirul Hisyam (1 kali).

Kedah turun dalam dua perlawanan dengan formasi 4-4-2 dengan gandingan dua pemain tengah dalam kesebelasan utama iaitu melibatkan gandingan Baddrol Bakhtiar-Fadzrul Danel (1 kali) dan gandingan Baddrol Bakhtiar-Amin Nazari (1 kali).

Jika 4-3-3, siapa taruhan Aidil Shahrin

Dengan sembilan perlawanan Aidil Sharin mengutamakan formasi taktikal 4-3-3, kita akan melihat lebih kepada pilihan yang ada untuk formasi ini. Adakah skuad Hijau Kuning akan mengekalkan gandingan Baddrol Bakhtiar-Amirul Hisyam sambil melihat antara Anumanthan Mohan atau Rabih Ataya untuk menjadi gandingan mereka?

Rabih Ataya diketahui kekuatan utamanya adalah di jentera sayap kanan dan tidak mustahil buat beliau untuk bermain di posisi tersebut. Namun, sekiranya Baddrol Bakhtiar dikembalikan ke posisi sayap kanan pula, kita mungkin akan dapat melihat gandingan Rabih Ataya, Anumanthan Mohan dan Amirul Hisyam di tengah.

Amirul Hisyam sudah diketahui posisinya adalah nombor 6, mengambil alih peranan Baddrol Bakhtiar pada musim 2019. Beliau tampil dalam semua perlawanan yang menggunakan formasi 4-3-3. Kedah mungkin tiada masalah untuk menolak Baddrol Bakhtiar ke posisi terkuatnya di sayap apabila Anumanthan Mohan telah tiba.

Pemain berusia 26 tahun itu diketahui sangat efisyen dengan peranan pemain box-to-box, sementara Rabih Ataya pula mungkin akan dijadikan pemain tengah menyerang yang bakal membantu Kpah Sherman di jentera serangan. Mungkin ini taruhan terbaik untuk jentera tengah dengan kehadiran kedua-dua pemain itu.

Bagaimana dengan pandangan penyokong? Gandingan mana yang anda lebih mahu saksikan mengemudi enjin pasukan? Aidil Sharin telah memiliki pilihan yang lebih baik hampir di setiap posisi pada musim ini kecuali sedikit kekurangan di posisi bek kiri.

Kemasukkan Anumanthan Mohan dan Rabih Ataya yang mampu beraksi di beberapa posisi dengan baik pastinya sangat disukai oleh pengendali asal Singapura itu.

KREDIT FEATURED IMAGE: KDA FC

Baca lagi artikel lain mengenai Rabih Ataya, Anumanthan Mohan, Kedah Darul Aman:

Akhbar Singapura Ini Sahkan Anumanthan Mohan Sarung Jersi Kedah

Kelibat Rabih Ataya Di Alor Setar, Sah Bakal Sarung Jersi Kedah

Pertembungan Hangat JDT Dan Kedah Buka Tirai Liga Super Musim 2021

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN