Haaland vs Mbappe: Statistik & Perbezaan Kualiti Dua Penyerang Handalan Generasi Baharu

Haaland dan Mbappe? Tiada keraguan bahawa Kylian Mbappe dan Erling Haaland merupakan masa depan dan bintang baru di dalam dunia bola sepak. Kedua-duanya amat klinikal di hadapan gol dan permainan mereka menyebabkan sesiapa sahaja teruja.

Yang datangnya dari Perancis dianggap sebagai pemain yang elegan dan sentiasa menyebabkan pemain pertahanan lawan sentiasa huru hara. Yang dari Norway pula dkenali kerana kekuatan dan kerakusan di hadapan gawang lawan.

Kedua-duanya telah menampilkan aksi terbaik masing-masing di pertandingan Champions League pada minggu lalu. Aksi memukau kedua-dua pemain pantas mendapat perhatian dan dianggap sebagai pengganti dominasi Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo satu hari nanti.

Rekod Haaland & Mbappe

Keylor Navas PSG
(Photo by Stuart Franklin/Bongarts/Getty Images)

Erling Braut Haaland
Champions League: 18 gol dari 13 perlawnanan
Bundesliga: 28 gol dari 31 perlawanan
Musim ini: 25 gol dari 24 perlawanan

Haaland berusia 20 tahun dan telah memecahkan rekod demi rekod pada usia yang muda. Haaland menjadi pemain pertama yang menghasilkan tujuh gol dari tiga perlawanan pertama di Bundesliga.

Kylian Mbappe
Champions League:
24 gol dari 41 perlawanan
Ligue 1:
80 gol dari 98 perlawanan
Musim ini:
21 gol dari 29 perlawanan

Mbappe pula berusia 22 tahun dan di sebalik deretan pemain bintang yang jauh lebih berpengalaman di Parc des Princess seperti Neymar, Mauro Icardi, atau pun Angel Di Maria, Mbappe tetap menjadi bintang utama paling menyinar. Hakikat beliau adalah pemain utama Perancis yang memenangi Piala Dunia 2018 juga adalah satu fakta yang menggerunkan.

Jadi buruan

Prestasi kedua-dua pemain menjadikan Haaland dan Mbappe buruan kelab-kelab besar Eropah. Sukar sebenarnya untu menilai kelab manakah yang mampu membayar untuk mendapatkan khidmat kedua-dua pemain.

Kontrak Mbappe bersama PSG tamat pada 2022. Namun buat masa ini beliau telah menekankan amat gembira untuk terus kekal di Paris.

Kontrak Haaland pula bakal tamat pada 2024, dan Borussia Dortmund sudah jelas dengan pendirian tidak akan membuka pintu rundingan untuk penjualan pemain ini – buat masa sekarang.

Terdapat khabar angin mengatakan kontrak Haaland mempunyai klausa yang membenarkan beliau pergi sekiranya ada kelab yang sanggup membayar €75 juta. Tetapi sehingga kini ia sekadar khabar angin.

Satu perkara yang pasti, kedua-dua pemain bakal mendominasi bola sepak eropah dan dunia satu hari nanti.

Apakah perbezaan kualiti kedua-dua pemain ini pula?

Gerakan di fasa serangan

Mbappe dan Haaland dikenali sebagai penyerang yang begitu cekap melepasi kawalan pemain pertahanan sebelum bergerak ke arah gol.

Kedua-duanya bijak mencari ruang di bahagian pertahanan lawan untuk dieksplotasi sebelum melakukan serangan dan tindakan penyudah.

Kebiasaannya, mereka bergerak seiringan dengan pemain pertahanan tengah lawan sebelum menukar haluan dan kepantasan larian untuk menghukum lawan.

Sebagai sistem sokongan

Analisis seterusnya ialah mengenai peranan kedua-dua pemain sebagai sistem sokongan kepada pasukan dan bila masakah mereka perlu berada di garis rendah ketika pasukan memiliki penguasaan bola.

Haaland biasanya akan kekal di posisi tengah dan berada di axis antara dua pemai sayap di dua sisi.

Ini membenarkan pasukan mengekalkan bentuk dan mencipta lebih banyak ruang untuk Haaland menerima bola dengan melakukan tekanan kepada garis akhir pertahanan lawan.

Kylian Mbappe pula lebih gemar bergerak ke serata padang. Ini bermakna Mbappe akan lebih kerap menerima bola dengan persekitaran lebih ramai pemain,

Kepantasan Mbappe pula adalah senjata utama untuk melepaskan diri dari kawasan kawalan yang sempit untuk meneruskan gerakan serangan.

Mencipta ruang untuk percubaan

Analisis terakhir ialah kemampuan kedua-dua pemain untuk mencipta ruang sebelum melepaskan percubaan di kawasan pertahanan lawan.

Kedua-dua pemain mempunyai kualiti setara dari segi kebolehan individu, body-feint dan helah untuk melepasi terjahan pemain pertahanan lawan, sekaligus membuka ruang yang lebih luas untuk melakukan percubaan.

 

Rumusan

Melihat kepada kedua-dua pemain, ianya jelas Mbappe dan Haaland memiliki kemampuan yang diperlukan untuk menjadi penyerang digeruni. Hanya terdapat sedikit perbezaan pada kedua-dua pemain.

Kelab mana pun yang bakal diperkuatkan oleh kedua-dua pemain selepas ini pasti akan beruntung kerana memiliki antara dua pemain berkelas dunia yang akan mendominasi bola sepak eropah dan dunia pada masa hadapan.

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola)

Baca artikel menarik yang lain mengenai Mbappe dan Haaland melalui pautan di bawah:

Bukan Haaland Atau Mbappe, Pemain Paling Mahal Adalah Rashford Dengan Nilai RM817.6 juta

Dari Erling Haaland Ke Lionel Messi, Ini Senarai 100 Pemain Terbaik Dalam FIFA21

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN