Anugerah Tahunan EFL sudah pun diumumkan. Siapa masih ingat gol Steve Sidwell yang viral pada November lalu?
Gol yang dijaringkan pemain Brighton itu meraih Anugerah Gol Terbaik Tahunan untuk English Football League (EFL). Ini kami kongsikan sekali lagi untuk tatapan anda:
https://www.youtube.com/watch?v=iPYBG5bpT2I
Pemain terbaik
Rakan sepasukan Sidwell, Anthony Knockaert membawa pulang Anugerah Pemain Terbaik Tahunan EFL Championship. Anthony menewaskan pesaing terdekat Chris Wood (Leeds) dan Dwight Gayle (Newcastle).
Penyerang Sheffield United, Billy Sharp mendapat gelaran Anugerah Pemain Terbaik Tahunan EFL League One. Doncaster Rovers boleh berbangga apabila penyerangnya, John Marquis meraih Anugerah Pemain Terbaik EFL League Two.
Lain-Lain Anugerah
Pemain Exeter City, Ollie Watkins menerima Pemain Muda Terbaik Tahunan. Perintis Terbaik Tahunan EFL Championship diberi kepada Ben Brereton (Nottingham Forest).
Manakala untuk Perintis Terbaik Tahunan EFL League One diraih oleh Lewis Burtroid (Scunthorpe United). Leyton Orient boleh berbangga apabila Myles Judd dianugerahkan Perintis Terbaik Tahunan EFL League Two.
Kesebelasan terbaik tahunan EFL
Meskipun saingan musim 2016-17 berbaki lagi beberapa perlawanan, EFL telah memilih kesebelasan terbaik tahunan. EFL juga menamakan pengurus terbaik tahunan untuk musim ini.
Penjaga Gol: David Stockdale (Brighton & Hove Albion)
Pertahanan: Enda Stevens (Portsmouth)
Pertahanan: Pontus Jansson (Leeds United)
Pertahanan: Sonny Bradley (Plymouth Argyle)
Pertahanan: Conor McLaughlin (Fleetwood Town)
Pemain Tengah: Josh Morris (Scunthorpe United)
Pemain Tengah: Aaron Mooy (Huddersfield Town)
Pemain Tengah: Anthony Knockaert (Brighton & Hove Albion)
Penyerang: Chris Wood (Leeds United)
Penyerang: Billy Sharp (Sheffield United)
Penyerang: Dwight Gayle (Newcastle United)
Pengurus: Darren Ferguson (Doncaster Rovers)
Kehadiran keluarga sebagai penyokong
Budaya bola sepak Inggeris seringkali menitikberat sokongan generasi muda terhadap kelab bola sepak. Ada kalangan penyokong menjadikan kehadiran ke stadium sebagai sesi bersama keluarga.
Kelab EFL amat serius dalam menjaga kebajikan penyokong yang datang seperti ‘rombongan Cik Kiah’ ini.
EFL menghargai usaha kelab naungannya dengan memberikan anugerah ‘Family Club of the Year’.
Millwall meraih gelaran tersebut menewaskan 71 kelab lain. Ia sekaligus menjadi kelab League One dalam anugerah yang sama bagi peringkat divisyen.
Blackburn Rovers dan Stevenage masing-masing meraih ‘Family Club of the Year’ untuk Championship dan League Two.
Malah, EFL memberi penghargaan kepada penyokong kelab. Difahamkan setiap kelab EFL menamakan seorang penyokong terbaik untuk dipilih sebagai pemenang. Kali ini, Paul Mayfield, penyokong Doncaster Rovers menerima ‘EFL Supporter of the Year.’
Kehadiran kelab sebagai salah satu ahli komuniti
Selain itu, Andy Butler (Doncaster) menerima anugerah ‘PFA Player in the Community’. Anugerah ini diadakan bertujuan menghargai pemain professional dalam EFL yang seringkali menyertai acara bersifat komuniti sekitar.
Portsmouth pula diberikan anugerah ‘Community Club of the Year’.
Kesimpulan
Penghargaan perlu diberikan agar kelab bola sepak kekal bersaing meskipun tidak menjuarai trofi dalam semusim. Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang dibanggakan boleh dibawa ke akhir musim.
Paling kurang, kelab yang gagal beraksi baik di padang dapat meraih sesuatu bermakna.
Kredit kepada FAM kerana masih konsisten dengan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan, masih ada ruang untuk diperbaiki.
Baca juga: Sistem VAR Jadi Kenyataan Di Malaysia, Bakal Dilaksana Di Liga Super Bermula 2018