Skuad Pahang Adakan Lawatan Ke Sekolah, TMP Serah Sumbangan Wang

Para pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar (SMKPB) menerima kejutan apabila menerima kehadiran para pemain skuad Liga Super Pahang dalam sebuah majlis yang diadakan di sekolah itu.

Dalam program yang dikenali sebagai program Jejak Juara, skuad Pahang telah melawat sekolah tersebut sebagai salah satu usaha untuk mendekatkan skuad Pahang dengan para peminat terutama peminat-peminat muda.

“Ini adalah hasrat Tengku Muda Pahang sendiri yang mahu mendekatkan golongan muda kepada pasukan yang sebelum ini hanya dapat menonton mereka di padang sahaja.”

“Baginda sedar, golongan muda seperti ini perlu diberi dorongan dan sokongan supaya mereka tidak terheret ke aktiviti yang tidak berfaedah dan kita sentiasa menyayangi mereka.”

Lawatan itu diketuai oleh Dato’ Seri Haji Abdul Hamid Mohd Nazahar yang merupakan penyelaras program serta Dato’ Che Nasir Saleh yang merupakan pengurus pasukan Pahang.

Selain itu, barisan kejurulatihan Pahang yang diketuai Dollah Salleh dan juga barisan pemain skuad Pahang seperti Muslim Ahmad, Matthew Davies, Chinedu Bright Dike dan ramai lagi turut hadir.

Chinedu Bright Dike bersama-sama pelajar sekolah SMKPB. Gambar: Pahang FA

Dalam majlis itu, pelbagai aktiviti telah pun dilakukan antaranya majlis solat hajat bersama skuad Pahang serta majlis simbolik penyarungan jersi kepada para pemain bola sepak SMKPB.

Simbolik itu dilakukan sebagai tanda para pemain tersebut telah diberi kepercayaan untuk membawa cabaran sekolah tersebut di kejohanan bola sepak diantara sekolah-sekolah di Pahang.

Gambar: Pahang FA

Selain daripada itu. skuad Pahang juga memberikan sumbangan sebanyak RM 4 ribu kepada SMKPB sebagai sumbangan menampung perbelanjaan tahunan sekolah tersebut.

Menurut TMP, lawatan sebegini akan terus diadakan di lokasi-lokasi lain di seluruh Pahang di masa akan datang sebagai langkah untuk menaikkan semangat pemain dengan melihat sokongan tak terbelah bahagi yang diberikan oleh penyokong kepada pasukan.

Baca juga: Senarai Rasmi Anugerah Tahunan EFL, Gol Sidwell Diiktiraf Jaringan Tercantik!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN