Anugerah Puskás FIFA adalah anugerah gol tercantik tahunan yang dicipta untuk mengenang memori Ferenc Puskás, kapten dan bintang pasukan kebangsaan Hungary pada era 50-an.
Bermula 6 November 2015, FIFA telah mengumumkan 10 calon gol cantik sepanjang 2015 untuk menerima Anugerah Puskás FIFA. 10 gol cantik ini telah disenarai pendek oleh FIFA dan beberapa ahli Football Committee daripada beberapa negara.
Melalui undian di laman web FIFA dan francefootball.fr. peminat bola sepak boleh mengundi gol yang paling layak menerima anugerah berprestij ini. 10 calon gol yang terpilih adalah:
1. David Ball (Fleetwood Town)
Tarikh: 29.03.2015
Perlawanan: Fleetwood Town vs Preston North End, League 1 (England)
https://youtu.be/nQT65fLor1k
2. Chory Castro (Real Sociedad)
Tarikh: 12.04.2015
Perlawanan: Real Sociedad vs Deportivo de la Coruña, Primera Division (Sepanyol)
https://youtu.be/RkVEUhFAqFE
3. Alessandro Florenzi (AS Roma)
Tarikh: 16.09.2015
Perlawanan: AS Roma vs FC Barcelona, UEFA Champions League
https://youtu.be/vugGQrE1nUI
4. Wendell Lira (Goianesia)
Tarikh: 11.03.2015
Perlawanan: Atletico-GO vs Goianesia, Campeonato Goiano (Brazil)
https://youtu.be/9USIyeh3Rro
5. Carli Lloyd (Amerika Syarikat)
Tarikh: 05.07.2015
Perlawanan: Amerika Syarikat vs Jepun, FIFA Women’s World Cup Canada 2015
https://youtu.be/XAGWPLt3mD4
6. Lionel Messi (FC Barcelona)
Tarikh: 30.05.2015
Perlawanan: Athletic Bilbao vs FC Barcelona, Copa del Rey (Spain)
https://youtu.be/BzxInlmKNRU
7. Philippe Mexes (AC Milan)
Tarikh: 25.07.2015
Perlawanan: AC Milan vs Inter Milan, International Champions Cup
https://youtu.be/NJ49nRURzhs
8. Marcel Ndjeng (SC Paderborn)
Tarikh: 13.07.2015
Perlawanan: SC Paderborn vs Bolton Wanderers, Perlawanan Persahabatan Pra-Musim
https://youtu.be/S3Phfea9-sY
9. Esteban Ramirez (Herediano)
Tarikh: 02.11.2014
Perlawanan: Herediano vs Deportivo Saprissa, Primera Division (Costa Rica)
https://youtu.be/NgwvjLoG7ts
10. Carlos Tevez (Juventus)
Tarikh: 09.11.2014
Perlawanan: Juventus vs Parma Calcio, Serie A (Italy)
https://youtu.be/MIU8bpDI-FE
Anda boleh mengundi gol paling cantik anda di http://www.fifa.com/ballon-dor/puskas-award/index.html. Undian dibuka sehingga 30 November 2015.
Selepas 30 November 2015, 3 gol yang menerima undian paling tinggi akan diumumkan oleh FIFA untuk undian peringkat kedua.
Pemenang akan diumumkan pada majlis pengumuman FIFA Ballon d’Or atau pada 11 January 2016 di Kongresshaus, Zurich.
Baca juga: Pasukan Liga Belanda Jaring 2 Gol Tiki Taka Dalam Satu Perlawanan