Pengendali Tottenham Hotspur, Antonio Conte mengalu-alukan kepulangan buat bekas pemain mereka, Christian Eriksen setelah pemain tersebut ditamatkan kontrak oleh Inter Milan baru-baru ini disebabkan masalah kesihatan.
Erkisen yang mengalami masalah serangan jantung ketika mewakili Denmark dalam sewaktu saingan Euro 2020 sebelum ini telah dipasangkan peranti di jantung beliau.
Pemasangan peranti itu membuatkan beliau dilarang untuk beraksi di Liga Itali jika mengikut peraturan negara tersebut.
“Saya tidak pernah lagi bercakap dengan Eriksen baru-baru ini, tetapi ini sesuatu yang baik untuk melihat pemain tersebut berada di atas padang dan melihat kembali aksi beliau menyepak bola,” jelas Conte sewaktu sidang media baru-baru ini.
“Kami berkata mengenai seorang pemain yang sangat penting dan pastinya sangat berpengaruh di atas padang, dan apa yang berlaku pada musim panas lalu merupakan sesuatu yang tidak baik dengan orang sekeliling yang bekerja dengannya.”
“Saya sangat bimbang akan keadaan beliau ketika itu dan teringin untuk melihat beliau kembali. Pintu sentiasa terbuka buat Christian untuk kembali bersama kami.”
Pemain berusia 29 tahu itu menyertai Inter Milan setelah meninggalkan Spurs pada Januari lalu dengan tanda harga £16.9 juta, dan kini Christian tidak mempunyai mana-mana kelab untuk beraksi sambil menyasarkan untuk bermain di Piala Dunia 2022.
Sementara itu, Dele Alli akan beraksi untuk kesebelasan utama Ahad ini dalam saingan FA Cup menentang Morecambe.
Alli setakat ini hanya mencipta 10 penampilan dan Conte berkata pemain tersebut mempunyai peluang terbaik untuk mempamerkan sesuatu buat beliau dan buktikan yang dirinya sememangnya sentiasa cergas jika diberi peluang.
Penyerang berbisa, Harry Kane pula akan diketepikan setelah beraksi enam kali dalam kesebelasan utama untuk tempoh 17 hari sebelum ini.
Beliau perlu sentiasa cergas untuk menghadapi empat perlawanan sukar menentang Arsenal dan Chelsea di laman sendiri serta Leicester City pula di tempat lawan.
Pemain Korea Selatan, Son Heung-min pula dijangka bakal turut diketepikan selama dua minggu apabila beliau mengalami sedikit kecederaan.
“Ia adalah satu situasi pelik buat kami ketika ini. Pada perlawanan lalu, saya membuat dua pertukaran untuk Son dan Lucas Moura tetpai bukan kerana mereka mengalami kecederaan sebaliknya, untuk memberi mereka rehat,”kata Conte.
“Tetapi pada hari seterusnya, Son mengadu pada kami akan kesakitan dirasai beliau di bahagian kaki. Dan kini, beliau akan menjalani ujian imbasan kami sendiri akan menilai tahap kesihatan beliau.”