Akhbar UK Dedahkan JDT Tawarkan Fernando Forestieri Peluang ‘Berkarya’ Di Malaysia

Fernando-Forestieri-The-Star-UK-JDT-2022

Sebuah portal The Star UK dedahkan yang Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika ini dalam fasa awal perbincangan bersama bekas pemain Udinese di Serie A, Fernando Forestieri yang menjadi ‘free agent’, hujung tahun lalu.

Fernando Forestieri baru sahaja kembali ke Serie A pada September 2020 untuk kontrak dua tahun selepas lima musim berkelana ke Championship bersama Sheffield Wednesday. Di sana, beliau dianggap sebagai pemain bintang mereka dengan merekodkan 134 penampilan dengan 40 gol dan 18 assist bermula musim 2015.

Di Serie A bersama Udinese musim ini, Fernando Forestieri hanya tampil bermain selama 54 minit – empat penampilan dengan berhasil meledak dua gol. Musim lalu, beliau tampil dalam 19 perlawanan dan meledak satu gol. Difahamkan faktor beliau memilih untuk menamatkan kontrak adalah kekurangan minit permainan.

Ketika perkhabaran kontraknya bersama Udinese ditamatkan, penyokong The Owls telah ‘redah’ ruangan media sosial terutamanya di akaun Twitter dan Instagram pemain itu memintanya untuk kembali ke Championship.

Lima tahunnya di Sheffield Wednesday membantunya menjadi ‘poster boy’ di sana. Tentunya penyokong di sana mahukannya kembali bersama mereka. Menurut laporan Alex Miller, pemain itu tidak akan kembali semula ke England, namun memilih untuk ke sebuah kelab di Asia Tenggara iaitu JDT yang bersaing di Liga Malaysia.

Tulisnya, “The Star boleh dedahkan yang Forestieri mungkin akan berhijrah ke negara beriklim panas iaitu ke Liga Malaysia. Pasukan liga tertinggi, Johor Darul Ta’zim dipercayai telah menawarkan bekas pemain skuad muda Itali itu peluang segar yang mana beliau akan tampil beraksi di Asian Champions League (ACL).”

“Kelab yang dimiliki oleh Tunku Mahkota Johor bermain di stadium berkapasiti 40,000 tempat duduk dan telah memenangi lapan kejuaraan Liga Super Malaysia. Perbincangan masih dalam fasa awal tetapi Johor Darul Ta’zim sangat yakin akan merealisasikan perpindahan Forestieri,” tambah kenyataan dari portal tersebut lagi.

Portal The Star UK itu merupakan akhbar harian tempatan di Sheffield, England menjadikan yang kemungkinan pendedahan ini mungkin ada benarnya disebabkan sejarah panjang Forestieri bersama mereka sebelum ini.

“Done Deal” – TMJ Sahkan Bekas Penyerang Serie A Sertai JDT

Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam turut dilihat membuat ciapan berkaitan pendedahan tersebut.

Sebelum ini Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) seolah-olah mengesahkan seorang pemain penyerang yang mewarnai kancah saingan Serie A bakal menyarung jersi skuad Harimau Selatan.

Tanggapan tersebut adalah berdasarkan jawapan balas TMJ kepada ciapan beberapa pengguna Twitter yang sering memberi kemaskini terbaru mengenai JDT antaranya, @juanbudiman dan @MarcoNegeri. TMJ dilihat menjawab kepada Juan Budiman, “Saya sukakan Serie A.” TMJ kemudiannya membalas ciapan Marco Negeri.

“Ia perlu dilakukan [dapatkan pemain baharu]. Bergson mengadu dia keseorangan di depan,” ciap TMJ lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN