Antonio Conte: Pembaikpulihan Pasukan Perlu Dilakukan Chelsea Bagi Hadapi Saingan Musim Hadapan

Antonio Conte

Angin bertiup kencang mengatakan bahawa pengurus Chelsea, Antonio Conte bakal meninggalkan Stamford Bridge selepas dua musim membimbing kelab tersebut.

Conte berjaya membawa Chelsea menjuarai Piala FA selepas menumpaskan Manchester United pada perlawanan akhir yang berlangsung kelmarin di Stadium Wembley.

Bagaimanapun dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea hanya menamatkan saingan di tempat kelima untuk sekadar melayakkan mereka beraksi dalam Liga Europa pada musim 2018/19.

Dalam usaha untuk meningkatkan kembali kualiti Chelsea sebagai empat pasukan terbaik dalam EPL, Conte berpendapat The Blues perlu melakukan proses membaik pulih pasukan bagi menghadapi musim hadapan.

Antonio Conte, 48 tahun, berpendapat Chelsea perlu bertahan dengan lebih baik dan posisi tersebut merupakan bahagian yang ternyata memerlukan pelaburan dengan merekrut pemain baharu.

“Sekiranya anda bertanya kepada saya jika kami boleh bermain lebih baik maka ya, kita boleh bermain lebih baik.”

“Tetapi kini keadaan sebenar kelab ini ialah kami harus bertahan dengan kuat jika anda mahu memenangi piala atau mendapat tempat dalam Liga Juara-Juara Eropah,” kata Conte.

”Mungkin kami terlepas aksi Liga Juara-Juara musim ini (2018/19) kerana kami mencuba untuk bermain dengan sangat terbuka.”

LONDON, ENGLAND – MAY 19: Antonio Conte, Manager of Chelsea sprays his team with Champagne following his sides victory in The Emirates FA Cup Final between Chelsea and Manchester United at Wembley Stadium on May 19, 2018 in London, England. (Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

”Anda tidak boleh melakukan perkara tersebut terutamanya ketika menentang pasukan kuat kerana bolos tiga gol dari tujuh perlawanan bermakna pasukan anda tidak mempunyai kestabilan.”

”Pasukan yang hebat tidak akan dibolosi tiga atau empat gol ketika menentang Watford.”

Dalam perkembangan sama, Antonio Conte turut menyatakan kekecewaannya akibat kegagalan kelab untuk menyokong beliau dalam proses perpindahan pemain.

”Musim lalu, selepas memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris, kami bercakap dengan kelab dan cuba untuk mendapatkan cara yang tepat untuk mengekalkan kejuaraan.”

”Tetapi seperti yang anda ketahui, ia tidak mudah dan kadangkala anda tidak mempunyai matlamat dan cita-cita yang sama.”

Selepas dua musim berada di Stamford Bridge, Conte berjaya memenangi kejuaraan EPL dan Piala FA bagi dua musim yang berbeza.

Adakah musim ketiga beliau akan kekal bersama The Blues? Sama-sama kita nantikan kesudahannya.

 

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN