Paulo Rangel Sudah Tiba Untuk Memperkuatkan Jentera Serangan Kedah

Bekas penyerang import JDT, Paulo Rangel dilaporkan sudah tiba di Malaysia semalam untuk menyertai skuad Helang Merah bagi menggantikan Pablo Pallares pada pintu perpindahan kedua pemain Liga Malaysia 2018 yang sedang dibuka.

Perkara itu disahkan sendiri oleh laman facebook Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) yang memaparkan gambar Rangel tiba di padang latihan pasukan Kedah.

“Paulo Rangel tiba di Alor Setar petang tadi dan sempat meluangkan masa menyaksikan skuad hijaukuning berlatih di Stadium Mini MBAS Peremba.

“Kehadiran beliau tidak lain tidak bukan adalah untuk memperhalusi kontrak bersama skuad hijaukuning, sehingga setakat ini masih dalam peringkat akhir perbincangan terma kontrak tertakluk kepada pelepasan secepat mungkin oleh kelab lamanya,¬†Nakhonratchasima FC.

“Nama beliau antara menjadi sebutan peminat dan pilihan pengurusan bagi memperkuatkan jentera serangan skuad hijaukuning selepas kehadiran Pablo Pallares gagal mencapai sasaran pihak pengurusan.

“Dengan 5 perlawanan bakal diharungi sepanjang bulan Ramadhan ini, usaha ini adalah tugas utama untuk menyuntik dimensi baru formasi serangan skuad hijaukuning,” kata kenyataan itu.

Rangel ketika beraksi dengan pasukan Selangor.

Paulo Rangel yang beraksi dengan kelab Nakhon Ratchasima juga di Liga Utama Thailand menjaringkan 11 gol daripada 17 perlawanan bersama pasukan tersebut pada musim 2017.

Selain Ratchasima, Rangel  juga pernah bermain dengan Muangthong United. Beliau kemudian datang ke Malaysia dan menyertai beberapa pasukan di Liga M. Antaranya Perak, Selangor, Terengganu, JDT dan kelab terakhir beliau di Malaysia adalah JDTII.

Ketika di Malaysia, Rangel antara penggempur yang digeruni. Mana tidaknya, aksi beliau di hadapan gol sangat tajam meskipun beliau antara penyerang kontroversi di luar padang.

Kedah terdesak mencari penggempur baharu bagi memberikan saingan yang sengit untuk menghadapi baki perlawanan Liga Super 2018. Pablo Pallares yang dibawa masuk dari Sepanyol pada musim ini dilihat gagal menyakinkan para penyokong skuad helang merah.

Leave a Reply

Bacaan Yang Disyorkan Untuk Anda