Antonio Conte: Michy Batshuayi Akan Dipinjamkan Sekiranya Chelsea Bawa Masuk Penyerang Baru

Michy Batshuayi

Pengurus Chelsea, Antonio Conte mengakui akan melepaskan penyerangnya, Michy Batshuayi secara pinjaman sekiranya Chelsea berjaya mendapatkan penyerang baru pada jendela perpindahan bulan Januari ini.

Keputusan tersebut perlu dilakukan oleh Conte bagi memberikan peluang kepada pemain antarabangsa Belgium itu untuk meyakinkan beliau dan seterusnya kembali menjadi pilihan di Stamford Bridge.

Perkara tersebut semakin hampir menjadi kenyataan apabila Chelsea dilihat sedang berusaha untuk menambah kekuatan di bahagian serangan dengan mengintai beberapa orang pemain.

Angin bertiup kencang mengenai berita dua pemain AS Roma iaitu Edin Dzeko dan Emerson Palmieri semakin hampir untuk menjadi rekrut terbaru Antonio Conte musim ini.

Sebelum ini Conte pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Chelsea tidak akan melepaskan para pemainnya ke pasukan lain sekiranya belum mendapatkan pengganti bagi posisi pemain yang ditinggalkan.

Dengan kerelaan Conte untuk meminjamkan Batshuayi dan juga sudah pun melengkapkan pinjaman pemain pertahanan kiri dari Brazil, Kenedy ke Newcastle United, ia menguatkan lagi spekulasi mengenai perpindahan dua pemain AS Roma tersebut.

Michy Batshuayi
LONDON, ENGLAND – OCTOBER 21: Michy Batshuayi of Chelsea and Antonio Conte, Manager of Chelsea embrace after the Premier League match between Chelsea and Watford at Stamford Bridge on October 21, 2017 in London, England. (Photo by David Ramos/Getty Images)

”Keadaanya sama seperti Kenedy,” jelas Conte kepada wartawan yang ditemui di Pusat Latihan Cobham. ”Sekiranya seorang penyerang baru tiba, Batshuayi akan dipinjamkan. Saya merasakan dia mahukan peluang untuk beraksi dengan lebih kerap. Saya rasa ia keputusan yang tepat.”

”Jika saya mengekalkan dengan pemain yang sama dari permulaan, ianya tidak akan berubah. Seorang pemain pergi, seorang pemain akan datang. Ia merupakan kerja kami untuk membawa pemain baru masuk ke dalam kelab. Saya merasakan kami mencuba dalam setiap keadaan untuk jujur dengan pemain kami.”

”Saya ulangi, saya tidak tahu sama ada seorang pemain penyerang akan tiba di Chelsea. Tetapi, dalam kes ini, saya tidak mahu membawa keluar mana-mana pemain. Tetapi dia mahu keluar untuk merasai lebih banyak minit perlawanan dan beraksi dengan lebih kerap. Kemudian dia perlu membuktikan bahawa dia layak untuk beraksi pada setiap perlawanan.”

Michy Batshuayi diberikan peluang beraksi sebagai pemain di kesebelasan utama pada dua perlawanan berturut-turut ketika bertemu Norwich City dan Brighton & Hove Albion selepas Alvaro Morata direhatkan serta mendapat kad merah.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN