Antonio Conte Bangga Dengan Komitmen Anak Buah Ketika Tewas Bertemu Manchester City

Antonio Conte

Pengurus Chelsea, Antonio Conte bangga dengan komitmen yang ditunjukkan anak buahnya serta tidak mahu menjadikan kunjungan ke Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah sebagai alasan anak buahnya kecundang 1-0 ditangan Manchester City pagi Ahad lalu.

Chelsea kekurangan sehari untuk melakukan persiapan pada perlawanan hujung minggu di Stamford Bridge itu apabila bertandang ke Madrid bagi pertemuan dengan Atletico Madrid sehari selepas aksi Manchester City di laman sendiri bertemu  Shakhtar Donetsk.

Pengendali dari Itali itu membayangkan para pemainnya mengalami keletihan berikutan kunjungan ke Madrid pada pertengahan minggu tersebut, namun Conte tidak mahu perkara tersebut dijadikan alasan kepada kekalahan Chelsea keatas pendahulu Liga Perdana Inggeris itu.

Ketika ditanya mengenai masalah kepenatan pemain, Conte menjawab :”Kami boleh mengambil hal ini sebagai alasan tetapi jika anda perlu bermain satu perlawanan besar selepas menghadapinya sebelum itu (bertemu Atletico Madrid), anda mesti memikirkan tentang keletihan pemain anda.”

LONDON, ENGLAND – SEPTEMBER 30: N’Golo Kante of Chelsea flies over the top of Raheem Sterling of Manchester City during the Premier League match between Chelsea and Manchester City at Stamford Bridge on September 30, 2017 in London, England. (Photo by Mike Hewitt/Getty Images)

”Sudah pastinya terdapat kekecewaan daripada kekalahan tersebut tetapi dalam masa yang sama saya gembira dengan komitmen yang ditunjukkan oleh para pemain saya,” kata Antonio Conte kepada wartawan.

”Kami memberikan segalanya tetapi yang lebih penting adalah untuk melihat para pemain memberikan segalanya ketika beraksi.”

”Ia berlaku pada perlawanan hari ini (pagi semalam), kami bermain menentang pasukan yang sangat baik.”

”Kami mencipta peluang untuk menjaringkan gol tetapi kami tidak menyempurnakan peluang. Mereka mencipta peluang dan mereka sangat bagus untuk mengambil peluang tersebut.”

”Saya fikir kami tidak perlu menyesal dengan kekalahan ini dan kami telah memberikan segalanya. Semua pemain saya memberikan 120% untuk cuba menghasilkan keputusan yang baik tetapi ia tidak berjaya.”

”Kadangkala anda perlu menerima keputusan yang tidak begitu baik, tetapi saya fikir perkara penting adalah untuk melihat bagaimana sikap dan komitmen yang fantastik dari pemain saya yang telah memberikan segalanya.”

Selepas rehat antarabangsa pada minggu ini, Chelsea akan berdepan Crystal Palace dalam perlawanan liga yang seterusnya pada hujung minggu hadapan.

Sumber :

Evening Standard (2017) – https://www.standard.co.uk/sport/football/chelsea-manchester-city-antonio-conte-champions-league-fatigue-no-excuse-a3647691.html

Chelsea FC (2017) – http://www.chelseafc.com/news/latest-news/2017/10/conte–pride-in-my-players.html

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN