FC Koln Dapatkan Khidmat Claudio Pizarro Untuk Bantu Pasukan Keluar Dari Zon Penyingkiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email
Claudio Pizarro

FC Koln telah menandatangani pemain veteran yang kini merupakan ejen bebas, Claudio Pizarro dengan kontrak setahun sehingga akhir musim ini.

Pizarro, yang akan berusia 39 pada 3 Oktober ini, adalah pemain veteran yang pernah bermain 430 perlawanan Bundesliga untuk Werder Bremen dan juga Bayern Munich.

Beliau kini tidak mempunyai sebarang kelab selepas kontraknya di Weserstadion tamat penghujung Jun lalu.

FC Koln berharap pemain antarabangsa Peru itu yang juga merupakan pemain asing terbaik sepanjang skuad Bundesliga – boleh menambah catatan 191 gol untuk Bremen dan Bayern di kala krisis gol di kelab dari negeri Nordrhein-Westfalen itu selepas pemain serangan mereka yang berharga €35 juta, iaitu Anthony Modeste ke Tianjin Quanjian awal ini tahun.

Setelah hanya menjaringkan satu gol dan memperoleh satu mata dari enam perlawanan liga pertama mereka, FC Koln terhumban di dasar carta Bundesliga.

“Dia adalah penyerang yang klinikal di depan gol gawang dengan keperibadian yang baik untuk pasukan kami,” kata ketua jurulatih Billy Goats, Peter Stoger, kepada laman sesawang kelab itu.

Pizarro, yang sebelum ini menyatakan bahawa bermain di Piala Dunia 2018 adalah matlamat kerjayanya yang terakhir, berkata dia gembira untuk menyertai “kelab tradisional yang besar” seperti Cologne. Beliau menambah: “Saya mahu membantu dengan kualiti dan pengalaman saya.”

Claudio Pizarro adalah satu-satunya pemain dalam sejarah Bundesliga untuk menjaringkan lebih daripada 80 gol untuk dua kelab iaitu ketika bersama Werder Bremen & juga Bayern Munich.

Dengan 104 gol dari 206 perlawanan liga, dia juga penjaring terbanyak sepanjang zaman Bremen.

Andes Bomber (nama panggilan Pizarro) ini juga dijangkakan akan menamatkan musim terakhir beliau bersama FC Koln sebelum benar-benar mengumumkan persaraannya jika Peru layak ke Piala Dunia 2018.

Sumber :

ESPN FC (2017) – http://www.espnfc.us/story/3216459/cologne-sign-veteran-striker-claudio-pizarro-on-free-transfer

Nota editor: Artikel ini merupakan hasil kiriman pembaca kami yang bernama Sofwan Zulkepli. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantar artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected] .

PERCUMA: Bandage Mudah Lekat.

Hak Cipta © Semuanya BOLA Sdn. Bhd. 1179367-U