Antonio Cassano Tarik Balik Hasrat Bersara Selepas Beberapa Jam Buat Keputusan Tersebut

Bekas penyerang AS Roma dan juga Real Madrid, Antonio Cassano baru-baru ini menyatakan hasrat untuk bersara dari bola sepak.

Keputusan itu dibuat selepas beliau menyertai Hellas Verona selama 8 hari. Ya, 8 hari!

Ia dibuat oleh Cassano selepas beliau berasa jauh dari keluarga atau mengalami homesick.

Hal ini kerana, keluarga Cassano kini tinggal di Genoa dan jarak dari Verona ke Genoa adalah dalam kira-kira 300 kilometer.

Ia adalah sama jaraknya dari Kuala Lumpur ke Gerik di Perak.

Cassano mendedahkan yang beliau telah bertemu dengan pihak kejurulatihan Hellas Verona dan memberitahu hasratnya untuk bersara daripada bermain bola sepak.

“Pagi tersebut, saya hadapi satu saat yang dimana saya berasa lemah.”

“Saya pergi berjumlah barisan kejurulatihan kelab dan menyatakan hasrat saya untuk berhenti dari bermain bola sepak.”

Hasrat Cassano itu telah menyebabkan Hellas Verano memanggil ahli keluarga beliau untuk datang ke kelab dan memberikan kata-kata semangat kepada pemain itu.

Hasil dari usaha kelab itu, Cassano membuat keputusan untuk menarik diri daripada bersara dan kembali fokus untuk membantu pasukannya itu.

“Saya mahu sahut cabaran yang ada dihadapan saya dan punyai musim yang gila!”

Sumber:

  1. BBC Sport (2017): Antonio Cassano: Hellas Verona striker changes mind hours after retirement decision; http://www.bbc.com/sport/football/40648684

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN