Kejohanan Bola Sepak Amatur Berprestij, Selangor Champions League Kembali Lagi September 2017 Ini

Football Selangor, yang berada di bawah kepimpinan Yang Mulia Raja Muda Selangor berbangga untuk mengumumkan musim kedua Selangor Champions League 2017 (SCL2017) yang akan berlangsung di Stadium Panasonic, Shah Alam pada September akan datang.

Selangor Champions League diasaskan pada tahun 2016 oleh Yang Mulia Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj untuk menaikkan standard bola sepak peringkat amatur di Selangor dan memperagakan bakat bola sepak di peringkat komuniti.

Kredit: Football Selangor

Edisi Selangor Champions League pada tahun lepas menyaksikan penyertaan 16 pasukan yang terdiri daripada juara dan naib juara dari 8 liga amatur di Selangor.

Edisi pertama tersebut berjaya mendapat sambutan bukan sahaja dari pasukan bertanding, malah oleh komuniti peminat bola sepak di Selangor. Prestij, standard tinggi dan liputan media yang meluas antara penyumbang kejayaan Selangor Champions League pada musim lepas.

Sambutan lebih hangat pada 2017

Pada edisi 2017 kali ini, lebih banyak liga dan entiti sudah menyatakan minat untuk menyertai SCL2017.

Banyak pasukan-pasukan telah bekerja keras dalam kempen liga masing-masing untuk meraih slot kelayakan ke SCL2017.

Peminat bola sepak komuniti di Selangor juga tertunggu-tunggu menanti bermulanya SCL2017. Ia turut dibantu dengan minat tinggi yang ditunjukkan oleh media menjelang SCL2017.

Kredit: Football Selangor

Format SCL2017

Untuk SCL2017 kali ini, format pertandingan akan berubah sedikit berbanding edisi tahun lepas.

Pada tahun ini, SCL2017 akan memperagakan aksi pemain-pemain dari 18 pasukan daripada 16 liga sosial sekitar Lembah Klang. Setiap pasukan akan dibahagikan mengikut 2 kumpulan yang mengandungi 9 pasukan.

4 pasukan teratas daripada setiap kumpulan akan mara ke peringkat suku akhir.

Daripada 18 slot yang ditawarkan di SCL2017, 3 slot akan diberi daripada 9 pasukan yang terlepas kejuaraan di liga atau bermain di liga yang tidak berada dalam sistem pangkalan data Football Selangor.

9 pasukan ini akan dipilih menyertai play-off SCL2017 berdasarkan pencapaian dan tahap kompetitif liga mereka. Mereka akan dibahagikan kepada 3 kumpulan (setiap kumpulan mempunyai 3 pasukan). Juara setiap kumpulan akan layak menyertai SCL2017.

SCL2017 akan diadakan di Stadium Panasonic, Shah Alam bermula 11 September 2017 hingga 2 Disember 2017. Manakala peringkat play-off akan bermula pada awal Ogos 2017.

Lokasi padang dan tarikh spesifik untuk play-off SCL2017 belum ditetapkan dan akan diumumkan kemudian oleh Football Selangor.

Untuk mendapatkan segala info mengenai SCL2017 dan play-off SCL2017, sila layari platform rasmi Football Selangor berikut:

Laman webwww.footballselangor.my
FacebookFootball Selangor – FS
InstagramFootball Selangor

Pihak penganjur juga boleh dihubungi melalui emel [email protected] untuk sebarang pertanyaan mengenai SCL2017.

Maklumat Selangor Champions League 2017 (SCL2017)

Tempat: Panasonic Stadium, Shah Alam
Tarikh: 11/09/2017 – 2/12/2017
Hari perlawanan: Isnin, Selasa, Rabu, Khamis (8.00 pm – 11.00 pm)

Sebarang pertanyaan/maklumat, sila hubungi:
Amir Safwan : 017 291 5792
Saufi Badry : 012 354 3754

Syarat-syarat pendaftaran SCL2017

1. Setiap pasukan boleh mendaftar maksimum 25 pemain. Daripada 25 pemain, 10 daripadanya mestilah merupakan pemain asal dari skuad yang layak ke SCL2017.

2. Setiap pasukan mesti mendaftarkan minimum 3 pemain berumur bawah-21.

3. Setiap pasukan hanya boleh mendaftar maksimum 3 pemain asing.

4. Setiap pasukan tidak boleh mendaftar pemain yang mempunyai kontrak aktif dengan mana-mana pasukan Liga Super dan 100Plus Liga Premier Malaysia.

5. Setiap pemain hanya boleh mendaftar dalam 1 pasukan sahaja sepanjang kejohanan.

6. Setiap pasukan mesti meletakkan nama kawasan/lokasi dalam nama pasukan mereka. Contohnya ‘Terrapins’ kepada ‘TTDI Terrapins’.

7. Setiap pasukan yang layak ke SCL2017 mesti mengesahkan penyertaan mereka sebelum 18 Julai 2017.

8. Pasukan yang gagal mengesahkan penyertaan mereka sebelum 18 Julai 2017 akan hilang tempat dalam SCL2017 dan akan digantikan oleh pasukan yang layak oleh pihak penganjur. Pengesahan penyertaan boleh dibuat melalui Amir atau Saufi.

9. Hari terakhir bagi setiap pasukan untuk mendaftar skuad 25 pemain untuk SCL2017 adalah 3 September 2017. Senarai pemain yang didaftar adalah muktamad. Tiada pendaftaran atau perpindahan pemain boleh dibuat selepas 3 September 2017.

Format SCL2017

  1. Jumlah pasukan yang bertanding: 18 pasukan
  2. Akan ada 2 kumpulan dalam peringkat kumpulan Selangor Champions League 2017
  3. Setiap kumpulan mengandungi 9 pasukan
  4. 4 pasukan teratas akan layak ke pusingan kalah mati

Pasukan yang sudah layak ke SCL2017

  • KVL Shah Alam* – Shah Alam Antlers
  • KVL Shah Alam* – Terrapins
  • District League* – Rebel FC
  • District League* – BU Eagles FC
  • Prestige Cup* – Naga FC
  • Prestige Cup* – (Pemenang play-off SCL2017)
  • Setia Alam Munro League* – Southern FC
  • Setia Alam Munro League* – HTC FC
  • KVL Damansara – Protap FT
  • KVL Gombak – Projek Empayar FC
  • KVL Cyberjaya – Ultimate FC
  • Selangor Social Premier League – TPD FC atau juara edisi ke-3 liga
  • Kota Damansara Premier League – Klasiko FC
  • Gauchos League – Juara liga atau pemenang play-off SCL2017
  • Liga Komuniti Puchong – Puchong Fuerza FC
  • SCL Playoffs
  • SCL Playoffs
  • SCL Playoffs

*2 slot untuk liga yang diwakili pasukan yang mara ke separuh akhir SCL2016

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN