Antithesis Blaugrana, Mengapa Taktikal ‘The Special One’ Kini Dianggap Sebagai Bola Sepak Paranoid

Terbaru, kekalahan memalukan kepada Brighton & Holve Albion. Adakah benar Jose Mourinho sudah hilang sentuhan istimewa yang menjadikan dirinya antara pengurus disegani sebelum ini?

Itu pendapat sebahagian ‘besar’ daripada penyokong Manchester United. Sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita lihat fakta ini.

8 kejuaraan liga, 13 trofi domestik, 2 trofi dari pertandingan UEFA Champions League, dan 2 lagi dari UEFA Europa League. Semuanya 25 kejuaraan telah dikumpul setakat ini.

Di mana silapnya? Kami membawa pembaca kami merungkai taktikal pengendali dari Portugal ini sejak kejayaan pertama beliau bersama Porto.

Porto (4-3-3/ 4-3-1-2 diamond)

Porto dianggap kelab pertama yang dikendalikan oleh Mourinho secara serius selepas seketika bersama Benfica dan União de Leiria.

Pernah berkelana di Barcelona, tidak hairanlah pasukan kendalian Mourinho akan mengandalkan formasi 4-3-3 mirip skuad Blaugrana itu. Ia mempunyai asas yang hampir sama dengan apa yang ada di Nou Camp, tetapi mengikut adunan yang Mourinho inginkan.

Barcelona coach Bobby Robson (c) sits on the bench with his assistant Jose Mourinho (r) (Photo by Aubrey Washington/EMPICS via Getty Images)

Mourinho adalah seorang pengendali dengan mentaliti pemenang, dan pasukannya pantas memahami kehendak beliau.

Di peringkat awal bersama skuad Dragoes, pasukan ini bermain dengan melakukan pressing di bahagian hadapan untuk memaksa lawan melakukan kesilapan.

Taktikal sebegini seperti biasa kita dengar pada hari ini bukan? Ia adalah taktikal moden yang sinonim dengan apa yang dilakukan oleh Jurgen Klopp, Pep Guardiola, dan Maurizio Sarri ketika bersama Napoli.

Porto’s coach Jose Mourinho points toward the pitch during the training session (Photo by Tony Marshall/EMPICS via Getty Images)

Musim penuh pertama beliau, Porto menjuarai liga dengan rekod 86 mata, Taca de Portugal dan juga Piala UEFA.

Di saingan eropah, Mourinho menerapkan 4-3-1-2 diamond, lebih gemar bertahan, sebelum bertindak menghukum lawan. Taktikal ini sangat jelas ketika Porto menewaskan Celtic di perlawanan akhir Piala UEFA.- lakukan apa sahaja, asalkan menang.

Musim ketiga bersama Porto, Mourinho merangkul kejuaraan UCL dengan taktikal yang sama. Buktinya ialah gol yang dijaringkan menentang Monaco di final.

Porto menunggu kesilapan dilakukan lawan, mencuri bola dan melakukan serangan balas pantas menggunakan tiga penyerang di bahagian hadapan. Manakala pemain lain kekal berada di dalam sistem pertahanan.

Ideanya, Deco sebagai No.10 yang menjadi bentuk bentuk 4-1-2-1-2 (4-4-2 diamond), dengan mengeksploitasi ruang yang ditinggalkan lawan.

FC Porto players celebrates with the UEFA Champions League Trophy (Photo by Tony Marshall/EMPICS via Getty Images)

Mantra oleh Mourinho amat mudah. Siapa yang memiliki penguasaan bola, maka dialah yang wajar berasa takut.

Kerana itulah pemain lain kekal bertahan, Monaco dibenarkan menguasai bola sebelum berterusan dihukum dengan taktikal yang sama oleh Porto kendalian Mourinho.

Chelsea (4-3-3/ 4-2-3-1)

Mourinho tiba di Stamford Bridge dengan reputasi ‘Special One’- gelaran yang diberikan oleh beliau sendiri.

Pada musim pertama, Chelsea melabur besar untuk mendapatkan pemain sebelum mengakhiri saingan liga dengan rekod 95 mata, dan dibolosi hanya 15 gol sepanjang 38 perlawanan.

Claude MAKELELE – 17.09.2006 – Chelsea / Liverpool – 5eme Journee de Premier League, Photo : Dave Winter / Icon Sport

Dari segi taktikal, pengenalan ‘Makelele role’ – peranan pivot dan aspek penting dalam bola sepak moden pada hari ini diwujudkan.

Bukan itu sahaja. Mourinho turut memperkenalkan peranan pemain sayap bertahan (defensive wingers) ke EPL pada musim tersebut, dan juga penyerang sayap (wide attackers, peranan seperti Sadio Mane, Mohamed Salah), yang akan melakukan tugas bertahan ketika tidak memiliki penguasaan bola untuk membentuk lima pemain pertahanan di bahagian tengah ketika bertahan di garis tinggi (high line).

Untuk itu, pemain penyerang dijadikan pemain sayap seperti mana Eidur Gudjohnsen dan kemudiannya Samuel Eto’o dan Goran Pandev ketika Mourinho bersama Inter Milan.

Pada musim 2005/06, Joe Cole yang merupakan antara pemain perancang paling kreatif England pernah lahirkan sejak 20 tahun yang lalu, turut ditukarkan peranan sebagai pemain tengah bertahan sebelah kiri.

Ia berhasil, tetapi tidak menghasilkan corak permainan yang diharap dan menghiburkan. Idea Mourinho di Chelsea sama seperti di Porto.

BIRMINGHAM, ENGLAND – OCTOBER 30: Damien Duff of Chelsea is congratulated by team-mates Eidur Gudjohnsen, Frank Lampard and Arjen Robben after scoring during the Barclays Premiership match between West Bromwich Albion and Chelsea at the Hawthorns on October 30, 2004 in Birmingham, England. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Pasukan yang melakukan paling sedikit kesilapan akan menang. Dengan membiarkan lawan menguasai bola, bermakna lawan berkemungkinan akan melakukan lebih banyak kesilapan untuk dihukum.

Kerana itulah Chelsea pada era itu gemar bertahan di garis rendah, menunggu peluang terbaik untuk menghukum lawan, dan cukup berpuas hati untuk menang sekadar 1-0.

Dua gelaran EPL berturut-turut, dan semua kita tahu kisah keretakan hubungan yang berlaku antara Mourinho dan Roman Abramovich selepas itu.

Inter Milan (4-3-1-2)

Kecewa dengan keretakan hubungan dengan pemilik Chelsea, Mourinho ke San Siro membina antara salah satu pasukan paling berjaya di Itali.

Musim pertama, juara Serie A. Musim kedua, treble! Ketika di Inter Mourinho tidak memberikan penekanan kepada corak permainan pressing seperti yang dilakukan bersama Chelsea dan Porto.

MADRID, SPAIN – MAY 22: The Inter Milan team celebrate with the trophy, including manager Jose Mourinho and President Massimo Moratti (top left, back row) after winning the UEFA Champions League Final match between Bayern Munich and Inter Milan at the Estadio Santiago Bernabeu on May 22, 2010 in Madrid, Spain. (Photo by Bob Thomas/Popperfoto/Getty Images)

Sebaliknya, Inter mulai menguasai corak permainan bertahan di garis rendah (deeper defensive line). Ia bukan sesuati yang menghairankan mengambil kira corak permainan di Serie A yang memaksa Mourinho bertindak demikian.

Atau adakah beliau sebenarnya trauma selepas pemecatan di Stamford Bridge? Itu andaian penulis. Tetapi di sinilah sebenarnya taktikal ‘park the bus’ mula diperagakan dengan lebih ekstrim.

Antara mangsa sistem taktikal Mourinho di Inter ialah Pep Guardiola yang bersama Barcelona berkunjung ke San Siro pada musim 2009/10. Ini adalah contoh bagaimana Mourinho melakukannya.

Ketika bek kanan Barcelona membawa bola melepasi garisan tengah hilang kawalan, Inter pantas merampas penguasaan bola.

Samuel Eto’o pantas mengambil kesempatan di antara ruang, dan pantas menghantar lorongan kepada Diego Milito. Ia kelihatan mudah, tetapi akan memerangkap lawan yang terkejut dengan kesilapan dan serangan balas pantas dari skuad Mourinho.

Kemenangan 3-1 di San Siro bermakna, Mourinho mempunyai kelebihan untuk dibawa ke perlawanan timbal balik di Nou Camp.

Inter Milan’s Portuguese coach Jose Mourinho (L) reacts in front of Barcelona’s Argentinian forward Lionel Messi (R) during the UEFA Champions League semi-final second leg football match Barcelona vs Inter Milan on April 28, 2010 at the Camp Nou stadium in Barcelona. AFP PHOTO / JOSEP LAGO (Photo credit should read JOSEP LAGO/AFP/Getty Images)

Mourinho kembali ke tempat di mana beliau berguru segala kepakaran taktikal bola sepak, ketika itu di bawah pengurusan Sir Bobby Robson.

Di hadapan ribuan penyokong Barcelona, Mourinho memperagakan satu lagi taktikal yang dianggap masterclass, tetapi merupakan antithesis kepada bola sepak yang Barcelona peragakan. Mengapa taktikal Mourinho digelar sebagai antithesis?

76% penguasaan milik Barcelona, dan sembilan percubaan ke arah gol dilakukan. Inter tidak melakukan walau satu percubaan dalam perlawanan tersebut.

BARCELONA, SPAIN – NOVEMBER 24: Andres Iniesta (R) of FC Barcelona grimaces as he collides with Cristian Chivu of Inter Milan during the UEFA Champions League group F match between FC Barcelona and Inter Milan at the Camp Nou Stadium on November 24, 2009 in Barcelona, Spain. Barcelona won the match 2-0. (Photo by Jasper Juinen/Getty Images)

Sebaliknya mereka kekal kompak. Christian Chivu yang merupakan seorang bek kiri, diarahkan beraksi di sebelah kiri serangan. Ianya adalah satu taktikal yang diwujudkan oleh Mourinho untuk mengecewakan lawan.

Barcelona dibenarkan bermain cara mereka, tetapi tidak menghasilkan keputusan yang mereka mahukan. Caranya, ialah dengan bermain bola sepak yang bertentangan (negatif) dengan apa yang diperagakan lawan.

(Photo by Jasper Juinen/Getty Images)

Bola sepak sentiasa dikenang hanya kerana satu momen. Dalam perlawanan ini, gol minit akhir Bojan dibatalkan secara kontroversi kerana terkena tangan.

Taktikal negatif Mourinho dianggap genius kerana berjaya mengekang Barcelona walaupun dengan 10 pemain. Tetapi jika gol Bojan itu dibenarkan, ia mungkin kisah yang berbeza mengenai Mourinho dan Inter.

Real Madrid  (4-3-3 / 4-2-3-1)

Selepas dibelasah 5-0 dalam perlawanan El Clasico pertamanya, Mourinho sedar pasukannya tidak boleh menandingi kehebatan Guardiola dan Barcelona, walaupun dengan pemain sehebat Cristiano Ronaldo dan Segio Ramos.

Di atas padang, beliau sedar. Walaupun dengan barisan hadapan yang memiliki Mesut Ozil sebagai perancang utama di belakang Ronaldo dan Angel Di Maria, mustahil untuk pemain ini akan bermain secara bertahan dalam sistem yang diaplikasikannya sebelum ini.

(Photo credit should read PIERRE-PHILIPPE MARCOU/AFP/Getty Images)

Solusi kepada masalah ini ialah kepada gandingan pemain tengah, Sami Khedira, Xabi Alonso dan Lassana Diarra yang membentuk sistem pertahanan di antara bahagian serangan dan pertahanan.

Sistem 4-3-3 ini kemudian berevolusi lebih mirip kepada 4-2-3-1, dengan Ozil sebagai No.10.

Tetapi Real Madrid masih bukan Barcelona yang mampu merobek mana-mana pertahanan. Untuk itu, Mourinho mulai menerapkan strategi lain yang menimbulkan mentaliti sangat negatif di Santiago Bernabeu.

(Photo credit should read QUIQUE GARCIA/AFP/GettyImages)

Idea Mourinho ialah menjadikan Real Madrid sebagai sebuah pasukan underdog, dan sentiasa percaya diri mereka adalah mangsa keadaan. Semua pihak dipersalahkan terhadap aksi negatif mereka di atas padang.

Daripada sebuah pasukan gergasi yang biasanya mendominasi Sepanyol dan eropah, Real Madrid dijadikan sebuah pasukan yang menampilkan corak permainan antithesis kepada apa yang ditampilkan Barcelona, seolah-olah semua pihak sedang menentang mereka.

Dengan kata lain, Mourinho dan Real Madrid seperti paranoid akan tentangan lawan untuk menewaskan mereka.

Real Madrid’s coach Jose Mourinho gestures in frustration on the touchline (Photo by Stephen Pond – EMPICS/PA Images via Getty Images)

Bukankah setiap pasukan itu sememangnya beraksi untuk menang?

Tetapi langkah ini berjaya membuahkan hasil. Sekurang-kurangnya ia mampu menyatukan pemain untuk beraksi demi lencana Real Madrid. Musim 2010/11 Real Madrid menamatkan musim empat mata di belakang seteru mereka dari Catalan itu.

Musim berikutnya, mereka berjaya memenangi La Liga dengan kelebihan 9 mata, beserta jumlah jaringan yang lebih banyak dari Barcelona.

Real Madrid Coach Jose Mourinho returns the ball to play during the second La Liga “El Clasico” of the season between Real Madrid and Barcelona at the Estadio Santiago Bernabeu in Madrid, Spain. | Location: Madrid, Spain. (Photo by Ben Radford/Corbis via Getty Images)

Mourinho akhirnya berjaya menewaskan salah sebuah pasukan terbaik yang pernah disaksikan di eropah. Namun mentaliti yang diterapkan tersebut memakan diri sehingga menimbulkan perpecahan.

Pemain dikatakan tidak lagi beraksi untuk pengurus mereka, dan Mourinho akhirnya membawa diri kembali ke Chelsea.

Chelsea (4-2-3-1)

Ketibaan kedua Mourinho di Chelsea menjanjikan saingan EPL yang lebih kompetitif. Kali ini beliau melabelkan diri sebagai ‘The Happy One’.

Di sebalik terma tersebut, Mourinho sebenarnya adalah antithesis kepada definisi sebenar rangkap panggilan tersebut, kerap kali memaksa pemainnya melakukan sesuatu di luar acuan.

(Photo credit should read ADRIAN DENNIS/AFP/Getty Images)

Sebagai contoh, Mourinho bergelut untuk menjadikan Eden Hazard melakukan tugasan bertahan yang beliau mahukan. Ketika ini sedikit sebanyak reputasi Mourinho dan sentuhan ‘special’ yang lalu mulai dipersoalkan.

Secara taktikal, Chelsea masih memperagakan bola sepak menyerang dalam corak pemainan bola sepak terbuka. Namun itu hanya di awal musim pertama.

Ketika jadual perlawanan mulai padat, corak permainan bertahan dan bersandarkan serangan balas kembali disandarkan.

. (Photo credit should read ADRIAN DENNIS/AFP/Getty Images)

4-2-3-1 yang dipraktikan seperti di Real Madrid berjaya mengesahkan kejuaraan pada musim 2014/15, dan tanpa keraguan mengesahkan Mourinho adalah seorang pengurus yang mempunyai corak permainan serangan balas menakjubkan.

Namun musim ketiga, semuanya semakin tampak tidak kena. Mentaliti negatif dan paranoid seperti ketika di Real Madrid berulang dan mengundang kontroversi yang tidak sepatutnya melibatkan Eva Carneiro (doktor perubatan wanita Chelsea).

(Photo credit should read LEON NEAL/AFP/Getty Images)

Lebih banyak corak permainan bertahan dipamerkan menentang pasukan utama di EPL, dan anehnya perlawanan menentang lawan seperti Crystal Palace dan Southampton turut menampakkan corak pemainan negatif.

Jika dahulu, ada perlawanan dimana Mourinho akan mencatatkan kemenangan 1-0, kini ia berakhir dengan seri atau kekalahan. Ia seperti sentuhan magis itu mulai hilang, dan gemilang istimewa oleh ‘special one’ sudah mulai pudar.

Kita semua tahu apa yang berlaku selepas itu.

Manchester United (4-2-3-1/4-3-3)

Kepercayaan Mourinho bahawa pasukan yang tidak mengusai bola adalah pasukan yang menguasai perlawanan adalah antara perkara yang mungkin kurang digemari oleh pemain yang memiliki kreativiti.

Ini mungkin sebab utama mengapa ramai pemain seperti Kevin de Bruyne dan Mohamed Salah gagal mendapat tempat dalam pasukan Mourinho.

(Photo credit should read IAN KINGTON/AFP/Getty Images)

Paul Pogba dan Alexis Sanchez mungkin adalah watak terbaru dalam perkara ini di Manchester United. Untuk berlaku adil, Mourinho bermula dengan agak cemerlang jika trofi menjadi ukuran. Juara berganda pada musim pertama dengan membawa pulang Piala Liga dan UEFA Europa League adalah bukti.

Tetapi itu dari segi kejuaraan trofi, tatkala bola sepak moden pada hari ini diukur dengan taktikal dan inovatif di atas padang untuk diterjemahkan kepada keputusan, sesuai dengan DNA kelab. Jelas sekali corak permainan Mourinho bukan gambaran DNA yang Manchester United miliki pada hari ini.

MANCHESTER, ENGLAND – MARCH 10: Manager Jurgen Klopp of Liverpool watches from the touchline during the Premier League match between Manchester United and Liverpool at Old Trafford on March 10, 2018 in Manchester, England. (Photo by Matthew Peters/Man Utd via Getty Images)

Segalanya bermula dengan kejayaan menewaskan Liverpool 2-1 di Old Trafforf dengan sistem bertahan, yang digelar masterclass pada musim lalu. Tiada keraguan, Mourinho melakukan segala yang boleh untuk memastikan kemenangan dalam perlawanan tersebut untuk memastikan United kekal rapat dengan pendahulu, Manchester City.

Pendekatannya sama. United memiliki hanya 32% penguasaan bola dan menghukum dua kesilapan pertahanan Liverpool.

Namun semuanya dirosakkan dalam perlawanan menentang Sevilla selepas itu. Mereka menggunakan pendekatan yang sama, tetapi tanpa penyudah untuk membawa kemenangan.

Timbul persoalanan di kalangan pengikut dan penganalisis, perlukah Mourinho mengekalkan corak taktikal yang sama menentang lawan yang berbeza. Sevilla bukan Liverpool. Jauh sekali untuk disamakan dengan Barcelona atau pun Real Madrid.

Akan ada pihak yang akan berkata Sevilla memiliki rekod baik menentang kelab Inggeris. Liverpool sendiri pernah menjadi mangsa. Tetapi bukan rekod yang dibicarakan di sini, melainkan mentaliti dan taktikal di atas padang.

Secara taktikal, Mourinho masih mengekalkan formasi 4-3-3 atau 4-2-3-1 sehingga musim ketiga ini. Tetapi corak permainan bertahan itu semakin jelas, tatkala ia semakin memakan diri apabila lawan lebih mudah mencuri mata.

(Photo by John Patrick Fletcher/Action Plus via Getty Images)

Jika barisan pemain yang dimiliki dinilai, sebenarnya tidak ada masalah untuk Manchester United mengubah corak permainan daripada bertahan kepada yang lebih berorientasikan menyerang.

Ia juga membuatkan kita berfikir mengapa pemain seperti Paul Pogba yang sanggup kembali ke Old Trafford selepas ke Turin sebelum itu mahukan perpindahan ke Barcelona.

Mengapa semuanya sedemikian, jawapannya hanya dimiliki oleh Mourinho. Satu perkara yang pasti, taktikal itu tidak dianggap ‘masterclass‘ jika gagal menghasilkan keputusan perlawanan yang jitu dan konsisten.

Rumusan

Apakah punca kegagalan Mourinho? Mudah sekali untuk menuding jari kepada orang lain, tatkala corak permainan itu sendiri seperti sudah hilang relevan.

Mourinho dinafikan seorang bek tengah pada jendela perpindahan yang lalu. Tetapi sebelum ini, Mourinho telah memilih Eric Bailly dan Victor Lindeloff, tatkala Daley Blind dilepaskan pada musim panas lalu.

Mourinho juga mahukan seorang pemain sayap. Tetapi beliau sudah memiliki Alexis Sanchez, dan beberapa pemain lain seperti Anthony Martial, Juan Mata dan juga Marcus Rashford yang boleh beraksi di posisi tesebut.

Soalannya, mengapa pemain ini tidak digilap menjadi pemain yang boleh disandarkan di dalam sistem Mourinho?

Menang atau kalah itu adat perlawanan. Bezanya, skuad Manchester United yang dahulu akan memberikan respon luar biasa setiap kali tewas.

Tetapi skuad kendalian Mourinho kelihatan seperti kumpulan pemain yang tidak lagi terkesan. Mereka tidak kelihatan marah selepas tewas. Apatah lagi berusaha untuk mewujudkan dominasi. Paranoid?

Kita mahu percaya pasukan Manchester United ini mampu bangkit. Mampukah mereka?

Paranoid bukan DNA milik Manchester United. Manchester United tidak salahkan padang, arah angin, tiang gol atau unggas di padang kerana gagal menjaringkan gol.

Wajarkah Mourinho terus kekal di Old Trafford melangkaui Disember ini?

 

Nota editor: Penulis adalah seorang penyokong tegar Manchester United. Tulisan ini adalah hasil kajian beliau sebagai penyokong dan tidak mewakili Semuanya BOLA sebagai sebuah organisasi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN