5 Pemain Yang Berpeluang Melakukan Penghijrahan, Namun Memilih Untuk Kekal Bersama Pasukan

Persaingan hebat di pentas elit Eropah telah menyaksikan kelab-kelab gergasi akan cuba melakukan sebaik mungkin untuk meningkatkan kekuatan pasukan dalam setiap pasaran perpindahan.

Pihak pengurusan sanggup mengeluarkan dana yang tinggi dan menawarkan gaji yang besar supaya pemain yang mereka inginkan dapat menyertai pasukan mereka.

Bagaimanapun, nilai tawaran yang diberikan masih belum cukup untuk menarik minat pemain tersebut.

Berikut merupakan 5 pemain ternama yang berpeluang melakukan penghijrahan, namun menolak tawaran dan memutuskan untuk kekal bersama kelab mereka.

1. Antoine Griezmann


Diego Simeone pasti menjadi individu yang paling bahagia saat Antoine Griezmann mengumumkan bahawa dirinya akan terus kekal bersama Atletico Madrid.

Pengumuman yang dibuat itu sekali gus telah menamatkan spekulasi bahawa bintang Perancis itu bakal berhijrah menyertai Barcelona pada musim 2018/19.

Barcelona sememangnya mahukan khidmat Griezmann memandangkan mereka kehilangan Neymar yang menyertai Paris Saint Germain (PSG) pada musim lalu.

Gergasi Sepanyol itu dilaporkan telah bersedia membayar klausa pelepasan pemain tersebut yang bernilai 100 juta euro (RM460 juta) dalam usaha untuk mendatangkan Griezmann ke Nou Camp.

Akan tetapi, Griezmann telah menolak tawaran tersebut dan memilih untuk kekal bersama El Atléti.

Kesetiaannya bersama Atletico Madrid nyata berbaloi apabila dia menikmati kenaikan gaji tahunan kepada £18 juta (RM95 juta) sekali gus menjadi pemain yang menerima gaji tertinggi dalam sejarah pasukan itu.

Selain Barca, Manchester United juga sebelum ini turut menginginkan untuk membawa Griezmann menyertai pasukan mereka.

Bercakap kepada stesen televisyen Perancis TMC,
Antoine Griezmann berkata, dia mempunyai enam daripada 10 peluang untuk berpindah ke Manchester United daripada Atletico Madrid.

Akan tetapi beliau menolaknya dan memilih untuk bersama kelab berpangkalan di Madrid itu.

Griezmann telah pun menandatangani kontrak bersama Atletico hingga 2022 dengan klausa perpindahan bernilai 100 juta (RM484 juta).

Selepas Atletico tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara (UCL) musim 2017/18, ianya telah membuka peluang kepada Barcelona dan United untuk mendapatkan khidmatnya.

2. Toby Alderweireld


Jose Mourinho menerima tamparan hebat apabila usahanya untuk mendapatkan pemain pertahanan Spurs iaitu Toby Alderweireld seakan-akan menjadi mimpi disiang hari.

Alderweireld menjadi sasaran No. 1 Jose Mourinho sepanjang musim panas ini bagi memperkuatkan benteng pertahanan pasukan untuk menghadapi cabaran musim hadapan.

Pada musim 2017/18, pemain antarabangsa Belgium itu hanya tampil 14 kali dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) ekoran dibelenggu dengan masalah kecederaan.

Alderweireld masih mempunyai  baki kontrak selama dua tahun bersama Spurs.

Manchester United dikatakan sudah menyatakan minat yang serius untuk mendatangkan beliau meskipun pemain itu menegaskan dirinya masih tidak tergesa-gesa untuk meninggalkan Spurs.

Apabila ditanya adakah beliau kemungkinan akan terus kekal di Spurs, Alderweireld menjelaskan bahawa dia terbuka terhadap kemungkinan kekal di Tottenham Hotspur walaupun berita mengaitkannya dengan perpindahan

“Ya, mengapa tidak? Kontrak saya masih berbaki dua tahun lagi, saya tidak tahu apa yang akan berlaku.” ujar Alderweireld menerusi FourFourTwo.

Status perpindahan Alderweireld ke Old Trafford bagai menemui jalan buntu sehingga membuatkan United terpaksa mencari pilihan alternatif yang lain dengan beralih arah mendapatkan khidmat Yerry Mina dan Jerome Boateng.

Baca juga: Pochettino Tak Halang Pemain Angkat Kaki Jika Sudah Tiada Hati Di Spurs

3. Diego Godin


Mungkin kerana sikap Jose Mourinho yang gemar memberi kritikan keatas para pemainnya sendiri telah membuatkan Manchester United menjadi kelab yang sering ditolak oleh pemain-pemain untuk menyertai pasukan mereka pada musim 2018/19.

Selepas United gagal mendapatkan Jerome Boateng, mereka melancarkan sasaran baharu terhadapan pertahanan Atletico Madrid, Diego Godin.

United dilaporkan telah mengemukakan tawaran berjumlah £22 juta (RM 116 juta) untuk pemain itu bagi memenuhi permintaan Mourinho yang mahukan seorang pertahanan mempunyai ciri kepimpinan.

Seperti yang dilaporkan dalam akhbar The Sun, Mourinho telah memberitahu kepada pihak pengurusan bahawa dia amat memerlukan Godin untuk menyelesaikan masalah pertahanan selepas mengenal pasti punca kepada kemerosotan prestasi United adalah disebabkan sistem pertahanan yang lemah dari Daley Blind dan Marcos Rojo.

Namun, harapan besar Mourinho untuk mendapatkan pertahanan Uruguay tersebut lebur selepas pemain itu bersetuju bakal menyambung semula kontraknya untuk terus kekal di Wanda Metropolitano.

Godin yang merupakan kapten pasukan Atletico telah mendedahkan kepada Skysports mengapa dirinya membuat keputusan untuk kekal bersama pasukannya dan menolak tawaran dari United.

“Saya belum memperbaharui (kontrak).” ujar Godin.

“Saya ada menerima tawaran. Bagaimanapun, saya memutuskan untuk kekal atas sebab-sebab peribadi.”

“Saya hanya memikirkan perlawanan akhir. Namun saya belum memperbaharui kontrak saya.

“Saya ada mendengar mengenai berita itu, tetapi saya tidak tahu dari mana ia datang.”

4. Jamie Vardy

Kejayaan Leicester City memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama dalam sejarah kelab itu pada musim 2015/16 telah membuatkan beberapa pemain mereka menjadi sasaran oleh kelab-kelab gergasi di Eropah.

Tidak terkecuali, penyerang sensari mereka, Jamie Vardy yang berjaya mencetak 24 gol buat The Fox pada musim tersebut.

The Gunners telah mengaktifkan klausa pelepasan dalam kontrak penyerang England itu dan dikatakan bakal menawarkan kontrak dengan gaji sebanyak £125 ribu (RM593,000) seminggu.

Arsenal dilaporkan telah membuat tawaran kepada Leicester bernilai £20 juta (RM94,862 juta), namun pengurusan kelab tersebut tidak memberi sebarang maklum balas mengenai persetujuan mereka melepaskan Vardy.

Bagaimanapun, impian Arsenal untuk mendapatkan khidmat penyerang berusia 29 tahun itu berkecai apabila beliau membuat keputusan untuk kekal bersama Leicester.

Sumber dari The Guardian memberitahu, penyerang utama Leicester itu telah menolak tawaran dari Arsenal dan bersetuju untuk menyambung kontrak selama empat tahun.

Alasan Vardy memilih untuk bersama Leicester adalah bagi mengetuai pasukan itu untuk mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) serta memperkuatkan pasukan untuk mengharungi kempen pertama Liga Juara-Juara musim 2017/18.

 5. Marik Hamšík


Jurulatih Slovakia, Jan Kozak pernah memberitahu bahawa inilah masa yang paling terbaik buat Marek Hamšík untuk beliau berhijrah mencari kelab baharu bagi mencapai kariernya di peringkat yang lebih tinggi.

Namun begitu, kenyataan dari Kozak sedikitpun tidak mempengaruhi kesetian Hamšík kepada Napoli.

Hamšík yang menyertai Napoli sejak 2007 masih kekal bersama pasukan itu sehingga hari ini.

Sejak menampilan prestasi yang cemerlang bersama Napoli, pemain itu sering menjadi sasaran beberapa kelab gergasi di Eropah yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

AC Milan antara salah satu kelab yang dilihat tidak henti-henti berusaha mendapatkan khdimat Hamšík sejak 2011 sehingga ke hari ini.

Mereka telah mengeluarkan pelbagai bentuk tawaran kepada beliau. Bagaimanapun, pemain itu enggan berhijrah meninggalkan Napoli.

Selain AC Milan, Hamšík juga turut dikaitkan dengan beberapa kelab lain seperti Manchester United dan Chelsea.

Baca juga: Marek Hamšík: Kisah Cinta ‘Marekiaro’ Bintang Slovak Di Pinggiran Naples

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN