Pengadil merupakan satu watak penting dalam permainan bola sepak.
Hal ini kerana pengadil juga dapat memberikan impak yang seterusnya mengubah keseluruhan perlawanan.
Pengadil perlu dipilih dengan tepat, terutamanya untuk perlawanan penting seperti perlawanan antara Liverpool dengan Manchester United.
Namun untuk perlawanan yang bakal berlangsung awal pagi Isnin waktu Malaysia ini nampaknya sudah terlibat dengan kontroversi seawal hari Khamis artikel ini ditulis.
Pengadil berasal dari Manchester
Kontroversi untuk perlawanan ini bermula selepas pengadil Anthony Taylor dipilih untuk menjadi pengadil perlawanan antara dua kelab yang bermusuhan ini.
Hal ini kerana Anthony merupakan pengadil yang berasal dari daerah Wythenshawe, Manchester. Dan rumah beliau hanya 9 kilometer sahaja dari stadium Manchester United, Old Trafford.
Perkara ini sepatutnya tidak menjadi isu kerana beliau merupakan penyokong bagi pasukan di National League iaitu Altrincham.
Pemilihan Taylor sebagai pengadil perlawanan ini telah dikritik oleh bekas ketua pengadil iaitu Keith Hackett (gambar bawah).
“Kami tidak mempersoal integriti beliau sebagai pengadil. Tetapi cuba bayangkan jika satu insiden berlaku dan ia memihak Manchester United? Pasti suasana akan tegang.”
Hackett risau Taylor akan menjadi kecaman peminat kedua-dua pasukan jika ada perkara yang tidak diingini berlaku.
Beliau juga mempersoal mengapa Mark Clattenburg tidak dipilih sebagai pengadil perlawanan kerana pengadil itu berasal dari Newcastle.
Clattenburg juga layak mengadili perlawanan sebesar perlawanan Liverpool-Manchester United ini kerana beliau sudah mengadili perlawanan akhir FA Cup, UEFA Champions League dan Piala Eropah 2016.
Namun begitu, Professional Game Match Official Limited (PGMOL) yang bertanggungjawab memilih pengadil untuk setiap perlawanan menjawab balik kritikan Hackett.
PGMOL mengatakan proses pemilihan pengadil mereka berdasarkan kaedah “untuk menggelak tekanan yang tidak perlukan oleh seorang pengadil” kerana perkerjaan itu sudah cukup mencabar bagi mereka.
Mereka juga mengatakan tempat tinggal atau tempat kelahiran seseorang pengadil itu tidak diambil kira dalam proses pemilihan pengadil.
Pemilihan sering berubah
PGMOL sering dikritik kerana sering menukar pengadil telah pun ditugaskan untuk mengadili perlawanan-perlawanan Premier League.
Kevin Friend yang menyokong Leicester City pernah digantikan dengan pengadil lain dari mengadili perlawanan antara Tottenham Hotspur menentang Stoke City kerana Leicester dan Tottenham sedang dalam perebutan kejuaraan Premier League ketika itu.
Tetapi pengadil Michael Oliver yang merupakan peminat Newcastle United ditugaskan untuk mengadili perlawanan antara Norwich City dan Crystal Palace yang berjuang bersama-sama Newcastle untuk kekal di Premier League.
Kami berharap perlawanan antara Liverpool dan Manchester United berlangsung dengan baik tanpa sebarang kontroversi. Tidak kira siapa pun yang mengadili perlawanan tersebut.
Semoga pasukan terbaik memenangi perlawanan tersebut.
Baca juga: Bekas Pengadil Jelaskan Keputusan Pengadil Premier League Betul, Gol Koscielny Dikira