Antara ‘Top’ 5 Liga Super, JDT Cipta Banyak Percubaan Tapi Ketepatan Tercorot

Bergson JDT Liga Super 2021 tercorot
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Loading official content
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen
Check out behind the scenes action from FC Bayern's 2-0 away win in the second leg of UEFA Champions League Last-16 against Bayer Leverkusen.
0 seconds of 1 minute, 29 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances
01:12
00:00
01:29
01:29
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances Mourinho: 'We all know we were the better team' Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Lihat lebih video FC Bayern München di OneFootball

Sebelum saingan liga kembali, ini merupakan data percubaan tepat dikalangan ‘top’ 5 Liga Super oleh BolaStats dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) merupakan yang tercorot.

Agak mengejutkan, rupa-rupanya JDT berpeluang untuk mendapatkan keputusan lebih besar jika mereka membuat percubaan tepat lebih banyak serta menyudahkannya. Mungkin ini antara masalah terbesar mereka, iaitu gagal mencipta percubaan tepat.

Berikut pula merupakan ratio jaringan mereka dalam lima musim terakhir. Setakat 13 perlawanan yang dilalui musim ini, ia masih rendah iaitu 2.15 gol per perlawanan. Musim 2018 mencatatkan ratio paling rendah iaitu 2.13 gol per perlawanan.

Tanpa banyak percubaan tepat, ia memungkinkan jumlah jaringan juga bakal terkesan.

Ratio jaringan per perlawanan JDT di Liga Super 2017-2021

2017: 2.27

2018: 2.13

2019: 2.22

2020: 3.0

2021: 2.15

Jadi, dalam baki sembilan perlawanan liga selepas ini, JDT harus membaiki aspek percubaan tepat mereka. Banyak peluang mereka telah sia-siakan dengan percubaan tersasar dan mungkin ini yang telah mengganggu prestasi keseluruhan pasukan.

Walaupun pasukan beraksi baik tetapi gagal menjaringkan gol, sudah tentu ia memberi kesan kepada keseluruhan pasukan. Kesan terbesar yang JDT rasai adalah ketika bersaing di peringkat lebih tinggi iaitu AFC Champions League (ACL) 2021.

JDT menamatkan saingan ACL baru-baru ini di kedudukan ke-3 Kumpulan G dengan mengumpul empat mata keseluruhan. Mereka gagal mara lebih jauh atau merekodkan keputusan lebih baik terutama berdepan cabaran wakil Korea Selatan dan Jepun.

Kita ambil contoh aksi pertama berdepan Pohang Steelers yang menyaksikan JDT tewas 1-4, apa yang membezakan kedua-dua pasukan? Jumlah percubaan yang dicipta adalah sama, namun 67 peratus percubaan JDT adalah tersasar.

Statistik Percubaan JDT di ACL 2021

Jumlah Percubaan: 75

Percubaan Tepat: 24 (32 peratus)

Percubaan Tersasar: 40 (53.3 peratus)

Percubaan Diselamatkan: 11 (14.7 peratus)

Mungkin di Liga Super, JDT masih boleh mendahului carta liga walaupun telah mensia-siakan deretan peluang dicipta. Tetapi, di saingan lebih tinggi, ia telah menyebabkan pasukan tersingkir lebih awal. Jadi, JDT perlu selesaikan isu ini terlebih dahulu.

Menurut StatsBola, dalam 13 perlawanan setakat ini, skuad Harimau Selatan telah mencipta 214 percubaan dengan hanya 73 percubaan tepat direkodkan iaitu 34.1 peratus – tidak jauh beza dengan statistik yang dicatatkan di ACL 2021.

Daripada data itu dapat dilihat Terengganu FC merekodkan percubaan tepat tertinggi dengan 39.4 peratus, diikuti Selangor FC (39.3%), Kedah DA FC(38.7%), Penang FC  (35.7%) dan tercorot JDT dengan 34.1 peratus daripada 214 percubaan.

Dengan kedudukan liga yang tidak berapa jauh di kalangan ‘top’ 3, JDT harus cepat-cepat meningkatkan ratio percubaan tepat mereka seterusnya menyudahkannya. Jika ada pasukan yang berjaya mencuri mata, kedudukan mereka bakal tergugat.

Bukankah JDT memiliki Bergson da Silva, penyerang yang digeruni ketika ini di saingan Liga Super? Menurut StatsBola dalam data lain, mereka menganggap pembelian Bergson da Silva adalah ‘tidak balik modal’ disebabkan ratio jaringannya.

Daripada 24 percubaan tepatnya, hanya 42 peratus berjaya disudahkannya. Malah, Bergson telah merekodkan percubaan tersasar yang tinggi iaitu 62.5 peratus.

Dalam artikel Semuanya BOLA sebelum ini, kami pernah mempersoalkan ‘kedegilan’ Benjamin Mora untuk bereksperimen dengan formasi taktikal lain, mengetengahkan dua penyerang. Ia mungkin boleh membantu JDT dari segi jaringan gol.

Mora dilihat tidak mahu mengambil risiko mengurangkan pemain tengahnya dengan meletakkan gandingan dua penyerang di hadapan walaupun masalah utama mereka adalah untuk mencipta jaringan gol. Itu yang menjadi persoalan terbesar.

Jadi, apa pandangan para penyokong JDT terutamanya? Apa punca sebenar JDT telah banyak mensia-siakan percubaan yang dicipta? Dan adakah dengan memperbaiki aspek ini, JDT akan lebih berpeluang untuk kembali digeruni oleh pihak lawan?

Mungkin dari segi bertahan, JDT sudah mempamerkan peningkatan tetapi penurunan dalam aspek menyerang harus segera dikaji dan diperhatikan barisan kejurulatihan.

Yang pasti, liga masih berbaki sembilan perlawanan dan JDT berpeluang membaiki ‘kedudukan tercorot’ seterusnya menjuarai Liga Super buat kali ke-8 berturut-turut.

Baca lagi artikel lain mengenai JDT:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN