Pada November 2007, majalah Forbes telah meletakkan tajuk di muka depannya tentang telefon bimbit Nokia yang menguasai pasaran dunia.
“Nokia, one billion Customers – can anyone catch the cell phone King?”
Nothing is permanent. Not the geopolitical dynamics, power structures, or the status quo. Every empire eventually declines. Every power eventually falls…and it is not always a bad thing.
This is the Forbes cover from 2007 when Nokia was supreme. pic.twitter.com/mYrQLpqU0g
— Sami Hamdi سامي الهاشمي الحامدي (@SALHACHIMI) February 25, 2021
Kenyataan ini menggambarkan penguasaan ‘takhta’ syarikat dari Finland itu dalam pasaran telefon bimbit yang seolah-olah langsung tidak mampu untuk digugat oleh mana-mana pesaing lain di era milenium.
Mengikut kedudukan telefon bimbit paling laris pada tahun tersebut, Nokia 1100 dan 1110 masing-masing di tempat pertama dan kedua dengan jualan sebanyak 250 juta unit setiap satu. iPhone keluaran Apple di tempat ketiga dengan 220 juta unit, diikuti oleh Nokia 3210 (160 juta) dan Nokia 1200 (150 juta).
Secara keseluruhan, Nokia yang lebih memfokuskan pengeluaran telefon selular telah menguasai sebanyak 50% daripada pasaran telefon bimbit di seluruh dunia.
Manakala Apple pula masih tidak berhenti melakukan kajian, penyelidikan dan pembaharuan bagi menghasilkan telefon pintar yang selari dengan kepesatan dunia teknologi dan digital.
It changed the world and killed Nokia #throwbackthusday #2007 #iphone pic.twitter.com/T0Nk0fkIQb
— Amadeus Mozart (@AmadeusMozart) June 29, 2017
Seterusnya adalah sejarah, semua orang tahu di mana kedudukan di antara kedua-dua syarikat tersebut pada hari ini.
Hakikat perubahan
Kisah kejatuhan Nokia dan kebangkitan iPhone ini adalah satu contoh realiti dalam kehidupan. Justeru itu ia wajar dijadikan sebagai panduan dan pengajaran termasuklah dalam senario pengurusan kelab bola sepak.
Temubual eksklusif pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengenai perancangan dan aspirasi kelab baru-baru ini mungkin boleh dijadikan analogi yang paling mudah.
JDT mendominasi Liga Malaysia (Liga-M) menjuarai semua kejohanan dengan rekod bersih tanpa kalah. Bermula dengan menjulang Piala Sumbangsih pada awal musim, rentak JDT langsung tidak terganggu meskipun dihimpit jadual padat termasuk beraksi di saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL).
Selepas membuat kejutan melepasi peringkat kumpulan, JDT terkandas di pusingan kalah mati dan akur dengan kehebatan kelab Jepun, Urawa Red Diamonds yang muncul pemenang bagi zon Asia Timur pada dan mara ke final bagi edisi ACL 2022 ini.
JDT'S 2022 AFC CHAMPIONS LEAGUE MILESTONES
Johor Darul Ta'zim FC's 2022 AFC Champions League campaign may have ended in the Round of 16, but we have plenty of positives for us to build on after being among the best 16 teams in Asia this year.
[1/3] pic.twitter.com/wXHRVkGHwr
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) August 20, 2022
Skuad Harimau Selatan seterusnya menoktahkan kejuaraan Piala FA, Liga Super dan terbaharu Piala Malaysia, sekaligus membolot semua gelaran dalam semusim dan menjadi pasukan pertama yang melakukannya dalam sejarah bola sepak Malaysia.
TMJ mengakui ia merupakan kejayaan yang mungkin tidak mampu diulangi lagi dan ia adalah pencapaian yang beliau sendiri tidak jangka termasuklah kejayaan ‘triple hat-trick’ iaitu menjuarai liga untuk sembilan tahun berturut-turut.
Begitu juga dengan kejayaan-kejayaan pasukan di bawah umur bermula dari U-12 sehinggalah Piala Presiden, ia menggambarkan dominasi JDT adalah bersifat menyeluruh dan ia adalah refleksi dan hasil daripada titik peluh setiap anggota pengurusan pasukan.
Invincible, Unbeatable
JDT ketika ini mungkin boleh dianggap sedang berada di kemuncak seperti mana yang pernah dialami oleh Nokia satu masa dahulu. Tidak terkalahkan dan tiada tandingan.
Tapi apakah yang dilakukan kelab ini dalam masa terdekat berdasarkan pendedahan TMJ?
“Bagi saya kita tak boleh berada dalam keadaan yang selesa atau statik. Ideanya adalah untuk terus maju dan berkembang,” ujar TMJ.
“Jadi saya telah membuat keputusan selepas berbincang dengan semua yang ada dalam kelab, tahun 2023 akan menjadi tempoh transisi. Akan ada perubahan pemain-pemain, struktur atau modul latihan, peningkatan teknologi, nutrisi dan segala-galanya.”
Realitinya perkara-perkara yang disebut itu bukanlah baharu, tetapi kerap kali telah pun diulang-ulang saban tahun dan ia memberi gambaran bahawa JDT tidak pernah berpuas hati dengan pencapaian semasa mereka dan selesa di takuk yang sama.
13 TROPHIES IN 2022
JDT – Piala Sumbangsih
JDT – FA Cup
JDT – Malaysia Super League
JDT – Malaysia Cup
JDT II – Premier League
JDT III – President's Cup
JDT U17 – MSSM Tournament
JDT U14 – Milo Challenger Cup 2022
JDT U14 – LaLiga Youth Tournament[1/2] pic.twitter.com/QMxqv29aML
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) November 27, 2022
Malah TMJ mengakui sasaran JDT untuk tahun-tahun mendatang tidak lagi hanya tertumpu pada saingan domestik, tetapi muncul pencabar kepada kejuaraan di peringkat Asia.
“Tahun depan adalah paling sesuai kerana kita tidak boleh tunggu terlalu lama. Jadi ideanya adalah meningkat di setiap satu aspek.”
Pembangunan pemain
Antara langkah yang diambil bagi menyelesaikan ‘kolam’ pemain yang besar dalam skuad ketika ini adalah dengan meminjamkan beberapa pemain berpotensi kepada kelab-kelab lain.
Perkara tersebut terlah terbukti apabila dua pemain berbakat besar iaitu Safawi Rasid dan Moussa Sidibe telah sah bakal beraksi di Thai League 1 pada tahun depan bersama Ratchaburi FC.
Di samping itu, kehadiran pemain-pemain muda yang diserap ke pasukan utama telah membuktikan program pembangunan dan akademi JDT berada di landasan yang tepat untuk terus melahirkan prospek masa depan pasukan.
Selepas Arif Aiman Hanapi menggegar arena bola sepak tanah air sejak musim lalu sehingga muncul pemain paling bernilai (MVP), muncul pula nama-nama lain seperti Feroz Baharuddin, Daryl Sham George dan Aysar Hadi.
Bermakna untuk jangka masa panjang, JDT tidak perlu lagi berbelanja untuk ‘memancing’ pemain-pemain tempatan dari kelab lain kerana mereka sudah pun memiliki ‘kilang’ yang terbukti mampu menghasilkan bintang masa depan kelab dan negara.
Pembelian pemain hanya difokuskan kepada pemain import sahaja yang telah terbukti kualiti dan reputasinya berdasarkan laporan dan analisis oleh pemantau bakat (scouting).
Kestabilan dan kemakmuran
“Kejayaan JDT adalah kerana kestabilan dalam kelab dari segi kewangan dan struktur yang ada,” tambah TMJ lagi.
“Kestabilan inilah yang memberi kami kelebihan untuk menjaga prestasi skuad utama dan pasukan-pasukan lain secara keseluruhannya untuk berada dalam keadaan yang konsisten.
“Kejayaan bukan sahaja terhasil daripada pelaburan yang kami lakukan, tetapi juga bagaimana kami mengawal situasi-situasi yang berlaku dalam kelab sebab mana-mana kelab dalam dunia akan berdepan situasi di mana pasukan sedang membangun, terjatuh atau masalah-masalah lain yang berlaku.
“Dan JDT memberi tumpuan yang banyak untuk mengatasi masalah-masalah yang berlaku.”
Keputusan untuk meminjamkan beberapa pemain dibuat adalah bertujuan untuk menjaga keharmonian dalam bilik persalinan dan ia dibuat berdasarkan penilaian oleh pihak teknikal.
Ia menunjukkan kepentingan individu-individu seperti Alistair Edwards selaku pengarah teknikal, Martin Prest sebagai pengarah sukan dan Hector Bidoglio yang mengetuai barisan kejurulatihan.
Maka setiap keputusan untuk melepaskan pemain dan mendapat pemain baharu dibuat berdasarkan hasil kerja yang teliti mengikut data analisis dan penilaian teknikal.
Maka tidak hairan mengapa TMJ mampu menyebut tentang keperluan mendapatkan pemain baharu mengikut posisi tertentu secara spesifik iaitu penyerang, pertahanan kiri, pemain tengah menyerang dan sayap.
Seperti biasa, berkaitan hal teknikal dan pengurusan juga JDT tidak mahu kekal di tahap yang sama. Sebab itulah jurulatih baharu dari Argentina, Esteban Solari telah dibawa masuk untuk mengukuhkan lagi falsafah JDT.
“Kami perlukan jurulatih yang ada karisma, muda dan boleh dihormati. Dia pernah bermain di Eropah dan Amerika Selatan dan Liga Juara-Juara Eropah (UCL), dia ada pencapaian yang baik.
“Tetapi apa yang saya kagum dengan beliau adalah kemahiran pengurusan pemain [man management], bagaimana dia menuntut pemain untuk beraksi dengan baik.
“Jadi dengan kelayakan dan pengalaman yang dia ada termasuk bersama persatuan bola sepak Argentina, membantu Javier Mascherano membangunkan pasukan muda sehingga menang pertandingan 2020 dan 2022 di Amerika Selatan.
“Ia adalah peningkatan dalam struktur bola sepak Argentina dan saya rasa beliau adalah orang yang sesuai untuk membawa JDT dari sudut untuk menjayakan projek transisi kami.”
Watak TMJ yang menghargai kepakaran orang di sekelilingnya terus dibuktikan dengan menaikkan kedudukan Bidoglio sebagai pengarah teknikal dan bukan bertindak menyingkirkan atau memendekkan kontrak jurulatih seperti yang biasa dilakukan oleh beberapa kelab lain.
Sementara itu Alistair Edwards selaku ‘orang lama’ yang sudah memahami segala selok belok dalam kelab pula diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab yang lebih besar selaku ketua pegawai eksekutif (CEO).
CONGRATULATIONS ALISTAIR EDWARDS AND HECTOR BIDOGLIO ON THE NEW APPOINTMENTS
Johor Darul Ta'zim FC would like to congratulate Alistair Edwards and Hector Bidoglio on their new appointments as club Chief Executive Officer and Technical Director respectively.
[1/3] pic.twitter.com/Ev8xEOXbOu
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) December 1, 2022
Ukur baju di badan sendiri
“Berkenaan pusat latihan, kami akan tangguhkan [pembangunannya] untuk tempoh satu tahun kerana dengan tempoh transisi ini kami perlu menggunakan dana dan wang ke tempat-tempat yang betul,” ujar TMJ lagi.
“Sekarang ini pada pandangan saya, pencapaian pasukan bukan lagi dinilai di peringkat domestik sahaja, tetapi berapa jauh kami boleh pergi di peringkat Liga Juara-Juara Asia (ACL). Jadi itulah keutamaan JDT untuk 2023.”
Menyedari pembangunan ‘projek mega’ yang dirancang memerlukan dana yang besar, TMJ menerima hakikat ada perkara yang perlu ‘dikorbankan’ untuk menjayakan proses transisi yang hendak dilaksanakan dalam masa terdekat.
NEW JDT TRAINING CENTRE ARTIST ILLUSTRATION AND FLOOR PLAN
Johor Darul Ta'zim FC have finalised the floor plans and design of the new one-stop JDT Training Centre opposite the Sultan Ibrahim Stadium in Iskandar Puteri.
[1/2] pic.twitter.com/7XR9F7naF4
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) June 22, 2021
Hal ini jelas membuktikan bahawa JDT bukanlah pasukan yang boleh berbelanja sesuka hati atau tetapi setiap keputusan melibatkan aspek kewangan dibuat berdasarkan ‘kira-kira’ yang teliti.
Untuk menjana pendapatan kelab, usaha dalam meningkatkan nilai komersil kelab diteruskan dari sudut penajaan, pemasaran, jual beli pemain dan lain-lain bagi memastikan aliran tunai terus dalam keadaan baik.
Ia mungkin pendekatan yang berbeza dengan beberapa kelab bola sepak lain termasuklah dalam Liga Malaysia yang gagal untuk menyusun keutamaan pasukan semasa mengurus perbelanjaan sehingga ada yang sudah pun ‘gulung tikar’.
Kesimpulan
Jika diteliti semula setiap perincian yang disebut oleh TMJ dalam temubual eksklusif tersebut, ianya amat mirip dengan segala usaha dilakukan oleh Apple dalam penghasilan setiap produknya.
Pelaburan dan kajian dalam pembangunan teknologi, perubahan struktur pengurusan dan kestabilan kewangan merupakan faktor-faktor utama kepada pencapaian pengeluar iPhone tersebut.
Bagaimana pihak pengurusan yang terdiri daripada individu-individu yang tepat memahami keutamaan untuk memastikan kelangsungan syarikat, mendepani cabaran dan memenuhi kehendak pasaran.
Mungkin ada pihak yang mendakwa kejayaan JDT adalah berpaksikan wang semata-mata.
Lihatlah contoh beberapa kelab bola sepak terutamanya di Eropah yang kaya-raya dan mampu membeli setiap bintang dunia yang dinginkan, namun tetap tidak mampu merangkul kejuaraan kerana gagal menyusun pengurusan pasukan. merencana perancangan masa depan dan mempunyai visi yang jelas.
Menutup bicaranya dalam temubual eksklusif tersebut, TMJ menekankan tentang visi yang telah dirancang sejak dua tahun yang lalu kerana beliau sudah nampak kejayaan JDT tidak boleh lagi dinilai dengan pencapaian di peringkat domestik.
A celebration like no other, this is #JDT 🔵🔴#ThePioneer#JDTforAll pic.twitter.com/7tzKkKFOB2
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) December 7, 2022
Selepas tiga tahun yang dianggap “tiada perubahan besar” dalam pasukan, pastinya beliau tidak mahu menjadi seperti Nokia yang terlalu selesa dan akhirnya ‘hilang’ ditelan kemajuan dan kepantasan teknologi yang berjaya digarap sebaiknya oleh syarikat lain seperti Apple.
“Perancangan masa depan kami adalah untuk meningkat dari segi nilai komersil, infrastruktur, teknologi yang ada di dalam kelab dan juga transisi pemain-pemain yang lebih sesuai untuk beraksi bersama JDT dari segi taktikal, arahan jurulatih dan pasukan teknikal.”
Anda boleh belajar ilmu, tips dan strategi branding di Malaysia menerusi blog Hadi Pahmi dan media sosial beliau.
Sejak tahun 2021, lebih dari 120+ bisnes telah menggunakan branding servis beliau untuk membangunkan jenama