Ansu Fati Sudah Boleh Sarung Jersi Sepanyol

Fati

Pemain berusia 16 tahun yang mencuri tumpuan selepas cemerlang bersama Barcelona, Ansu Fati kini sudah berjaya mendapatkan pasport Sepanyol bagi membolehkannya menyarung jersi skuad La Rojas pada masa akan datang.

Pemilik nama penuh Anssumane Fati ini merupakan kelahiran Guinea-Bissau tetapi berpindah ke Sepanyol pada usia enam tahun dan kini layak mendapat kewarganegaraan selepas tinggal di negara tersebut sepuluh tahun.

Dalam pada itu, beliau juga turut boleh menyarung jersi Portugal kerana Guinea-Bissau merupakan bekas wilayah negara itu dan terdapat perkiraan khas tentang perolehan kewarganegaraan Portugal.

Tetapi pada usia yang terlalu muda pasti Fati bakal menghadapi perjalanan karier panjang sebelum mampu lolos ke skuad utama Sepanyol.

Bagaimanapun, pemain yang sudah berjaya mencipta jaringan buat Barcelona itu telah mendapat perhatian ketua jurulatih skuad bawah 17 tahun Sepanyol, David Gordo bagi menghadapi Piala Dunia B-17 di Brazil pada 26 Oktober nanti.

Fati mula diturunkan pada 25 Ogos lalu ketika bertemu Real Betis sebagai pemain gantian. Pada perlawanan seterusnya bertemu Osasuna, beliau mencetakkan jaringan sulung untuk menjadi penjaring termuda buat The Blaugrana.

Kecemerlangannya itu diteruskan apabila Fati menjaringkan satu gol dan mencipta satu bantuan jaringan ketika menewaskan Valencia.

Kredit fotoFC Barcelona

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN