Heskey Jangka Chelsea Bakal Sukar Berhadapan Liverpool

Bekas pemain Liverpool, Emile Heskey menjangkakan Chelsea bakal mengalami kesukaran dalam bertemu pasukan tersebut.

Menjelang aksi tumpuan Ahad ini jam 11.30 malam waktu Malaysia, trio bahaya Sadio Mane-Roberto Firmino-Mohamed Salah bakal mengundang kegusaran kepada Frank Lampard.

“Bila anda mempunyai Mohamed Salah, Roberto Firmino dan Sadio Mane di hadapan, ianya akan cukup sukar buat Frank Lampard.”

Menurut Heskey, skuad Lampard yang terdiri dari kalangan pemain muda akan cenderung untuk melakukan kesilapan ketika perlawanan.

“Lazimya, pemain muda ini akan melakukan kesilapan di peringkat awal karier mereka. Apabila menentang pasukan besar dan berkualiti tinggi, mereka akan mengambil kesempatan di atas situasi tersebut.”

Lantas, Heskey mengatakan yang bekas pasukannya itu tidak akan mempunyai banyak masalah untuk menewaskan Chelsea pada Ahad ini.

Dalam masa yang sama, bekas pemain skuad kebangsaan England itu turut memuji falsafah Lampard yang memberikan peluang kepada pemain muda dalam pasukan utamanya.

“Beliau memberikan peluang kepada para pemainnya peluang dan kebebasan untuk bermain.”

Skuad Chelsea kendalian Lampard musim ini ditunjangi oleh beberapa pemain muda berpotensi tinggi seperti Tammy Abraham dan juga Mason Mount.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN