Quantcast

BERITA

Annuar Musa: “Pemilihan Presiden FAM Menentang TMJ Tak Lebih Dari Pertandingan Persahabatan”

Tan Sri Annuar Musa tegaskan tidak akan tarik diri dari bertanding sebagai presiden FAM.

Beliau yang akan menentang Tunku Mahkota Johor (TMJ) bakal mengetahui nasib beliau dan TMJ itu pada 25 Mac ini dalam kongres terbaharu FAM.

Pertandingan persahabatan

Menurut sumber Arena Harimau Malaysia, Annuar Musa menggangap pertandingan beliau dengan TMJ adalah tidak lebih daripada sekadar “pertandingan persahabatan” sahaja.

“Sehingga kini tiada terfikir nak tarik diri, malah tiada pihak yang suruh saya tarik diri secara peribadi.”

“Ramai yang pesan jangan tarik diri tapi secara jujurnya saya tak jadikan pertandingan ini segala-galanya.”

Katanya lagi, beliau menganggap perkara ini sekadar perkara melibatkan bola sepak dan beliau juga tidak berkempen secara besar-besaran untuk meraih undi.

Saya pun tak berapa nak kempen sebab tak perlu berpolemik sehingga mengeruhkan suasana kerana yang penting adalah pembangunan sukan itu sendiri.”

Rela dikritik

Annuar Musa juga menegaskan yang beliau tidak kisah jika dikritik oleh mana-mana pihak yang meragui akan kredibilitinya.

Hal ini kerana isu terdahulu melibatkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dikaitkan dengan beliau sehingga beliau diarahkan untuk berehat sebentar dari tugas sebagai pengerusi MARA.

Persatuan Bola Sepak Malaysia bakal memperoleh presiden baharu pada Sabtu ini (25 Mac 2017) apabila Kongres FAM kali ke-53 diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Tunku Mahkota Johor dan Tan Sri Annuar Musa merupakan calon bagi kerusi Presiden FAM untuk kali ini.

Baca juga: Azraai Khor Abdullah Sedia Terajui Pasukan Pulau Pinang?

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!