Tan Sri Annuar Musa Tarik Diri Bertanding Presiden FAM

Salah satu daripada calon presiden baharu FAM iaitu Tan Sri Annuar Musa telah menarik diri daripada bertanding sebagai presiden FAM.

Keputusan ini disahkan oleh beliau sendiri selepas mengadakan sidang media di Parlimen sebentar tadi – sumber Astro Awani.

Tiada desakan

Menurut Annuar sendiri, keputusan beliau menarik diri ini bukanlah atas desakan daripada mana-mana pihak.

“Tiada sebarang desakan daripada mana-mana pihak, ini keputusan saya sendiri.”

Tambah Annuar lagi, beliau akan meneruskan tugas beliau seperti biasa dengan jawatan yang ada sekarang dan tidak akan menerima sebarang posisi sebagai penasihat di FAM.

“Saya rasa tak perlu, saya akan lakukan tugas seperti biasa.”

“Bagi saya, FAM perlu bermula dari posisi yang betul.”

Elak berpuak

Keputusan Annuar untuk menarik diri daripada menjadi calon presiden FAM adalah kerana beliau tidak mahu situasi berpuak-puak wujud di dalam FAM.

“Tiada guna jika ada yang menang dan yang kalah.”

“Jika saya menang, akan ada yang kata saya ini menang kerana Khairy Jamaluddin. Tetapi jika pihak satu lagi (TMJ) menang pula akan timbul kelompok yang suka dan tak suka dengannya.”

“Itu satu perkara yang tidak baik untuk bola sepak.”

Penarikan diri Annuar sebagai calon presiden FAM menyaksikan pertandingan satu penjuru yang kini menyaksikan hanya Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang masih bertanding.

TMJ dijangka menang tanpa bertanding pada Kongres FAM ke-53 Sabtu ini.

Baca juga: Manifesto TMJ Sempena Pemilihan Presiden FAM: Bola Sepak Adalah Milik Rakyat

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN