Annuar Musa Tak Puas Hati Aksi Kelantan, Mahukan ‘Target Man’ Baharu

Nampaknya, prestasi pasukan Kelantan telah mengundang rasa tidak puas hati sesetengah pihak.

Kelantan semalam seperti yang kita semua tahu telah mencatatkan keputusan seri 2-2 ketika menentang Pulau Pinang di Kota Bharu.

Oleh kerana itu, Tan Sri Annuar Musa nyata tidak berpuas hati dengan keputusan yang dihasilkan oleh pasukan Timur Malaysia itu.

Belum terisi

Melalui laman Facebooknya, Annuar meluahkan rasa tidak puas hati beliau mengenai permainan pasukan Kelantan ketika ini.

Bagi beliau, pasukan Kelantan nyata terkesan dengan ketiadaan Ghaddar yang kini telah berpindah ke JDT.

Saya rasa Kelantan perlu diperbaiki lagi. Impak pemergian Ghaddar belum dibaiki lagi oleh pasukan.”

Bagi Annuar, beliau merasakan yang pemain baharu iaitu Abou Bakr Al-Mel atau Bako masih lagi belum dapat menyesuaikan diri dengan corak permainan pasukan Kelantan.

Beliau juga menyatakan yang Bako bukanlah seorang penyerang tulen, sebaliknya beliau cumalah pemain tengah menyerang sahaja.

“Bako macam tertekan malam tadi.”

“Beliau perlu bermain di posisi sebenar beliau iaitu pemain tengah menyerang dan bukannya sebagai penyerang.”

Annuar Musa turut meminta agar penyerang baharu dicari bagi mengisi kekosongan itu.

“Tempat Alessandro Celin atau Mohammed Ghaddar perlulah diganti dengan pemain target man atau finisher yang baharu.”

Selain itu juga, beliau mahukan taktikal baharu digunapakai selaras dengan kesesuaian pasukan.

Taktikal pasukan juga perlu berubah ikut kesesuaian baru. Mungkin pengalaman bola sepak Latin dari Alfredo perlu dimanfaatkan sebaiknya.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN