Annuar Musa: “Masih Ramai Yang Tidak Faham Situasi Yang Melanda KAFA”

Tan Sri Annuar Musa menulis lagi di Facebook, kali ini beliau menerangkan dengan lebih mendalam mengenai situasi pasukan Kelantan.

Beliau menyifatkan pasukan Kelantan adalah pasukan “paling rendah bajetnya di Liga Malaysia” terpalit dalam isu tunggakan bayaran gaji kepada para pegawai dan juga pemain bermula pada musim Liga Malaysia sekitar 2015/2016.

Ketika itu, ada beberapa penaja yang sepatutnya membayar wang tajaan kepada KAFA tidak berbuat demikian yang seterusnya menjadikan defisit berlaku dalam akaun KAFA.

Ia seterusnya membuatkan KAFA tidak berjaya untuk membayar tunggakkan gaji bagi skuad bagi musim 2015 hingga 2016.

Tunggakan itu dibawa ke skuad 2017 dan ia bukannya dengan pemain dan jurulatih, juga pegawai dalam KAFA juga.

Ada yang tak faham

Bagi Annuar Musa, masih ada beberapa pemain yang tidak faham akan masalah yang dialami oleh Kelantan.

Katanya, ada sesetengah pemain yang tidak faham dan cuba membawa perkara ini ke muka pengadilan untuk mendapatkan perintah dari mereka untuk membayar tunggakan.

Mereka cuba dapatkan perintah! Mereka boleh bawa dan mereka boleh dapat penghakiman seperti KAFA perlu membayar sejumlah tunggakan dalam masa 14 hari dan sebagainya, tapi isunya bukannya KAFA tak mahu bayar.”

“Kalau ada perintah dari langit dan dipukul mati sekalipun, KAFA tak ada duit nak bayar.”

Annuar juga memberi tahu, ada pemain yang membawa isu ini ke muka pengadilan namun tiada dapat apa hasil.

“Lebih baik beliau berunding elok-elok dan dapat gaji secara ansuran.”

Dalam pasukan Kelantan, kebanyakan pemain faham akan isu yang melanda – seperti contoh Brendan Gan.

Gan faham akan isu yang melanda Kelantan dan beliau tidak akan mengambil tindakan tegas terhadap KAFA kerana beliau telah berunding dengan KAFA mengenai perkara ini.

Selain itu, Annuar Musa turut memuji tindakan pasukan Kelantan untuk menswastakan diri mereka.

Hal ini kerana, ia membolehkan pihak penyokong untuk memiliki milikan saham dan juga pihak korporat atau swasta menjadi pemilik pasukan.

Namun diakhirnya, beliau menyerahkan isu ini kepada Datuk Seri Affandi Hamzah dan juga Exco KAFA untuk menentukannya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN