Annuar Musa Mahu KAFA Bertindak Segera Selepas Kehilangan Ghaddar

Nampaknya, ada yang kurang senang dengan perpindahan Ghaddar ke JDT.

Sebaik sahaja Ghaddar mengumumkan perpindahan beliau ke JDT, Tan Sri Annuar Musa terus mengeluarkan kenyataan di laman Facebooknya.

Beliau nyata kecewa dengan perpindahan pemain yang disifatkan sebagai seorang yang dianggap sebagai anak kepada beliau sendiri.

Tindakan segera

Menerusi laman Facebook beliau, Annuar mahukan tindakan pantas diambil oleh KAFA selepas kehilangan pemain terbaik mereka musim ini.

“Jika perkara ini benar, saya mahu KAFA segera bermesyuarat dan tentukan tindakan.”

Bagi beliau tindakan haruslah diambil dengan segera untuk pastikan pasukan Kelantan bersedia.

“Perlu pantas dan jangan kita yang tersepit. Ikut peraturan yang betul.”

“24 Mei kita ada perlawanan Liga Super. Jangan bergerak tempang. Kelantan mampu kekalkan rentak kemenangan!”

Beliau juga yakin pasukan Kelantan mampu hadapi segala cabaran yang menanti.

“Tampilkan semangat juang dan berani hadapi rintangan berulang.”

“Berakal panjang, berakar tunjang, anak Kelantan pantang kecundang. Walaupun seribu halangan merintang!!”

Jadi, adakah pemain import baharu akan tiba untuk isi kekosongan Ghaddar?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN