Annuar Musa: “Adakah FMLLP Mahu Lihat Kelantan Terus Ranap & Tak Berdaya Saing?”

Isu mengenai pasukan Kelantan mendominasi ruangan berita di mana sahaja dikala bulan Ramadhan sedang menjengah.

Semalam, pihak FMLLP telah memberikan respon mengenai perkara ini.

Anda boleh baca laporan kami mengenai kenyataan FMLLP itu di sini.

Kali ini, Tan Sri Annuar Musa memberikan respon mengenai kenyataan FMLLP itu.

Tolong tanya dulu boleh?

Dalam kenyataan beliau di Facebook, Annuar Musa mempersoal tindakan FMLLP yang seolah tidak memeriksa dahulu status KAFA.

Boleh tak kalau FMLLP tanya dulu KAFA kedudukan sebenar sebelum buat statement supaya kelihatan lebih professional dan tidak buat kenyataan yg salah?”

Annuar juga menjelaskan yang wang yang digunakan oleh pihak KAFA hasil dari penjualan Mohammed Ghaddar kepada JDT tidaklah digunakan untuk membeli pemain baharu iaitu L’Imam Seydi.

Tahukah FMLLP kesemua duit yang diterima dari JDT setakat ini semuanya digunakan untuk membayar tunggakan gaji pemain dan mendapatkan pengganti Ghaddar. Malah ia bukannya untuk mendapatkan L’Imam Seydi.”

Annuar menjelaskan pengambilan Seydi adalah kapasiti pemain pinjaman bagi menggantikan Alessandro Celin yang cedera dan gagal mendapatkan tahap kecergasan yang terbaik.

Oleh itu, tiada kos tambahan dikeluarkan.

Beliau juga ada menyentuh mengenai bekas pemain import Kelantan yang sering ‘bising’ mengenai isu tunggakan gaji di media sosial.

Menurut beliau, bekas pemain import tersebut berada dalam sebuah proses yang mereka sendiri pilih.

Tahukah FMLLP beberapa bekas pemain import yang asyik bising ada kes dan beberapa perkara tertentu dengan KAFA? Dan mereka sedang melalui satu proses tertentu pilihan mereka sendiri?”

Mahu ranapkan Kelantan?

Annuar Musa turut mempersoal tindakan FMLLP yang tidak membenarkan Seydi didaftarkan.

Bagi beliau, ia ibarat satu tindakan yang mahu meranapkan pasukan Kelantan.

Kalau Abou Bakr dibenarkan untuk didaftar, apa asas nak halang Seydi sedangkan peraturan jelas menyebut yang pemain baharu yang tidak menggunakan kos tambahan dan penjimatan adalah hak pasukan?”

Atau FMLLP mahu kelab terus buang duit dengan kekalkan pemain yg sakit, tak beraksi baik dan sebagainya?”

“Adakah ini supaya Kelantan yang sudah dipotong mata terus ranap dan tidak mampu bersaing? Beginikah arahan kerja FMLLP terhadap KAFA?”

Mengapa pula FMLLP membenarkan pemain KAFA berpindah kalau KAFA tak dibenarkan mengganti mereka?”

“Tolong jawab dengan profesional.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN