Piala Dunia B-20: Jepun dan Arab Saudi Mara, Argentina Ucap Selamat Tinggal

Piala Dunia B-20 baru menamatkan saingan peringkat kumpulan. Semua pasukan yang mara ke pusingan kalah mati sudah diketahui.

Kumpulan C

Costa Rica menewaskan Zambia dalam saingan penutup Kumpulan C. Gol tunggal Costa Rica dijaringkan oleh Daly, pada minit 15.

Dalam satu saingan penutup Kumpulan C, Portugal menewaskan Iran. Pemain Iran, Shekari menjaringkan gol seawal minit ke-4. Kemudian Portugal menyamakan kedudukan pada minit 54 melalui gol Diogo Goncalves.

Akhirnya, Portugal meraih gol kemenangan pada minit ke-86. Xande Silva menjadi hero buat Portugal dengan menjaringkan gol kemenangan.

Juara Kumpulan C menjadi milik Zambia, manakala naib juara ialah Portugal. Costa Rica menduduki tempat ketiga kumpulan dan akan menunggu peluang untuk layak atau sebaliknya.

Kumpulan D

Uruguay pula seri tanpa jaringan dengan Afrika Selatan. Namun begitu, Uruguay kekal menerajui Kumpulan A tanpa kalah dalam saingan kumpulan untuk kejohanan tahun ini.

Itali juga menerima nasib serupa kerana hanya mampu seri menentang Jepun. Itali mendahului dengan dua gol selepas 10 minit perlawanan berlangsung. Gol Itali dijaringkan oleh Riccardo Orsolini (minit ke-3) dan Giuseppe Panico (minit ke-7).

Ritsu Doan merapatkan jurang pada minit ke-22. Itali menguasai permainan sehingga tamat separuh masa.

Pada minit ke-50, Ritsu Doan sekali lagi menjaringkan gol memastikan skor terikat 2-2 sehingga tamat perlawanan.

Itali mengiringi Uruguay ke pusingan 16 terbaik. Tempat ketiga pula diduduki oleh Jepun.

Kumpulan E

Allan Saint Maximin menjaringkan dua gol bagi melengkapkan kempen tanpa kalah Perancis ketika berhadapan New Zealand. Kedua-dua gol itu diraih dalam separuh masa pertama.

Honduras pula menumbangkan wakil Asia, Vietnam. Sendel Cruz dan Jorge Daniel Alavez menjadi penjaring Honduras bagi memastikan Vietnam tewas dengan skor 2-0.

Kumpulan F 

Senegal seri 0-0 dengan Ecuador. Senegal terselamat daripada saingan dan Ecuador tersingkir daripada kejohanan kali ini.

Amerika Syarikat pula terikat 1-1 dengan Arab Saudi. Abdulelah Alamri menjaringkan gol penyamaan buat Arab Saudi pada minit ke-74. Sebelum itu, negara Uncle Sam mendahului dengan gol Brooks Lennon pada minit ke-40.

Negara Uncle Sam itu layak ke pusingan ke-16 sebagai juara Kumpulan F. Naib juara pula diraih Senegal. Arab Saudi pula menduduki tangga ketiga.

4 negara raih tempat ketiga terbaik

Costa Rica daripada Kumpulan C layak ke Pusingan 16 terbaik. Diikuti oleh Jepun (Kumpulan D) dan Jerman (Kumpulan B).

Arab Saudi daripada Kumpulan F juga layak ke Pusingan 16 terbaik. Pasukan ini terpilih melalui kutipan mata dan beza jaringan gol.

Argentina (Kumpulan A) dan Honduras (Kumpulan E) tersingkir daripada saingan.

Undian Pusingan Ke-16

30 Mei – Venezuela lawan Jepun, Korea Selatan lawan Portugal

31 Mei – Uruguay lawan Arab Saudi, England lawan Costa Rica, Zambia lawan Jerman

1 Jun – Mexico lawan Senegal, Perancis lawan Itali, Amerika Syarikat lawan New Zealand

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN