Annuar Musa Digantung Tugas Pengerusi MARA Akibat Isu TRW & UniKL

Tan Sri Annuar Musa (TSAM) baru-baru ini dilaporkan digantung tugsanya sebagai pengerusi MARA berkuatkuasa serta-merta.

Ia diputuskan menerusi keputusan hasil dari mesyuarat tergempar yang dilangsungkan di Ibu Pejabat MARA di Kuala Lumpur, 9 pagi tadi.

Annuar Musa juga digantung daripada tugas beliau sebagai pengerusi Pelaburan MARA Berhad (PMB).

Menurut laporan dari Berita Harian Online, jawatan beliau kini disandang oleh Datuk Dr Yusof Yacob yang merupakan Ahli Majlis MARA.

Akur dengan keputusan

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yusof dan juga Prof Emeritus Datuk Dr Abu Azam Md Yassin itu adalah disebabkan oleh laporan oleh Tengku Mahkota Johor (TMJ) yang memuat naik status berhubung isu penajaan MARA terhadap pasukan Kelantan di laman Johor Southern Tigers.

Dalam status TMJ tersebut, Annuar Musa dikatakan telah ‘memaksa’ Pelaburan MARA dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk menaja pasukan Kelantan.

Namun begitu, Annuar Musa kemudiannya menafikan dakwaan tersebut dengan berkata pihak Pelaburan MARA dan UniKL tidak menaja pasukan Kelantan langsung.

Malah, Annuar juga berkata penggunaan logo MARA 50 tahun di lengan jersi Kelantan adalah secara percuma walaupun sebenarnya ia adalah bernilai RM250 ribu.

Hasil daripada mesyuarat itu telah pun disampaikan kepada Annuar Musa, dan beliau meluahkan rasa akur diatas pergantunggannya oleh pihak MARA.

Jadi, apa yang menanti selepas ini untuk MARA dan juga bola sepak Kelantan? Sama-sama kita nantikan.

Baca juga: Leonardo Ulloa Tegaskan Tak Akan Main Lagi Untuk Leicester City

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN