Anggota ‘Invicibles’ The Gunners Tawar Diri Bantu Unai Emery Bina Kembali Arsenal

Bekas pemain tengah The Gunners, Robert Pires percaya bahawa dirinya mempunyai kebolehan untuk menjadi sebahagian daripada anggota kejurulatihan Unai Emery di Emirates.

Pires yang kini berusia 44 tahun beraksi bersama The Gunners selama 6 tahun sebelum berhijrah ke Villarreal pada 2006. Namun demikian, Pires sentiasa mengekalkan hubungan baik dengan Arsenal.

(Photo by Quality Sport Images/Getty Images)

Bekas bintang Perancis di Piala Dunia 1998 ini sentiasa hadir menjalani latihan bersama skuad utama Arsenal untuk mengekalkan kecergasan berkata, beliau yakin dirinya mempunyai kebolehan untuk membantu Emery membina era baru di Emirates selepas pemergian Arsene Wenger.

“Jika saya menyertai barisan kejurulatihan di bawah kendalian Emery, ia pasti sesuatu yang baik untuk saya. Sudah tentu saya mengharapkan ia juga memberi input positif untuk Emery,” ujar Pires kepada ESPN di majlis pelancaran jersi jenama PUMA kelab tersebut di London.

“Saya mampu mendekatkan perbezaan di antara Emery dan para pemain. Itu kerana saya kenal setiap pemain di sini. Saya telah menjalani latihan selama dua tahun bersama mereka, dan pemain menghormati saya.”

(Photo by Tony Marshall/EMPICS via Getty Images)

“Saya juga menghormati para pemain. Saya adalah bekas pemain Arsenal. Oleh itu hubungan di antara pemain dan saya sangat baik. Disebabkan itu, saya berpendapat saya mampu menyumbang sesuatu kepada Emery dan juga Arsenal.”

Pires tidak pernah mempunyai peranan sebagai jurulatih secara rasmi ketika era Wenger. Namun bekas pemain yang juga merupakan anggota ‘skuad invicibles’ Arsenal ini berharap beliau terus boleh menjalani latihan bersama The Gunners.

“Saya tidak tahu apa yang akan berlaku pada bulan mendatang. Sudah tentu saya berharap boleh terus menjalani latihan di sini. Ia adalah perkara penting bagi saya,” ujar Pires lagi.

(Photo by John Walton/PA Images via Getty Images)

“Ketika era Wenger, ia bukan isu untuk saya menjalani latihan bersama-sama dengan skuad utama. Namun kini, saya perlu berbincang terlebih dahulu dengan pengurus baru,” tambah Pires.

Pires bukan satu-satunya bekas pemain yang mahu menyertai kembali Arsenal. Bekas kapten, Per Mertesacker pada musim lalu mempersiapkan dirinya untuk memegang jawatan Pengarah di akademi bola sepak milik Arsenal.

Bekas pemain antarabangsa Sweden, Frddie Ljunberg juga adalah sebahagian daripada aggota jurulatih akademi berkenaan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN