Eden Hazard: Generasi Emas Belgium Tidak Memberikan Sebarang Makna Sekiranya Gagal Bawa Pulang Piala

Hazard

Bintang Belgium, Eden Hazard telah menyalakan api perjuangan dalam kalangan rakan sepasukan bagi menghadapi saingan Piala Dunia 2018.

Beliau menegaskan bahawa skuad ‘Rode Duivels’ perlu menjuarai Piala Dunia di Rusia kerana mereka ditunjangi dengan kehadiran barisan pemain yang digelar ‘generasi emas’ buat Belgium.

Untuk menghadapi saingan di Rusia nanti, Belgium telah dibarisi para pemain yang beraksi dalam liga ternama dunia terutamanya dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Bagi pemain lincah yang beraksi untuk Chelsea itu, amat merugikan buat Belgium sekiranya barisan pemain yang dimiliki gagal untuk menterjemahkan kejayaan buat pasukan dalam Piala Dunia.

”Kami mengetahui tentang diri kami. Kami merupakan pemain yang baik, kami semua beraksi dalam perlawanan yang besar England, Itali dan Sepanyol, jadi kami tahu apa yang perlu dilakukan.”

”Perkara mengenai generasi emas, anda mempunyai 10 atau 15 tahun yang lalu, generasi yang sama di England, tetapi anda tidak memenangi apa-apa gelaran.”

BRUSSELS, BELGIUM – MARCH 27: Eden Hazard of Belgium moves away from Taiseer Aljassam during the international friendly match between Belgium and Saudi Arabia at the King Baudouin Stadium on March 27, 2018 in Brussels, Belgium. (Photo by David Rogers/Getty Images)

”Sekarang saya fikir peminat, wartawan, dan seluruh rakyat Belgium, negara ini hanya mahu sesuatu kemenangan. Kami mempunyai generasi emas, kami hanya mahu memenangi sesuatu ketika ini.”

”Mungkin kami boleh berbeza dengan England, kami akan lihat. Sudah tentu kami sangat teruja dengan Piala Dunia, seperti kebiasaan,” jelas Hazard kepada wartawan.

”Kami memulakan perlawanan pertama dalam tempoh 10 hari, jadi kami hanya mahu untuk berada di sini dan beraksi. Kami kini dalam persiapan tetapi bersedia untuk menghadapi Piala Dunia apabila ia bermula.”

Hazard turut mengulas mengenai pertemuan terakhir di peringkat kumpulan G apabila akan bertemu England. Lawan yang bukan asing buat pemain berusia 27 tahun ini.

”Ia akan menjadi perlawanan yang istimewa buat kami tetapi kami mempunyai dua perlawanan lain iaitu menentang Panama dan Tunisia, dan barulah perlawana ketiga.”

”Mungkin sebelum ini England merupakan pasukan pilihan, tetapi kali ini adalah berbeza.”

”Saya rasa kami juga sama, ia menjadi 50-50. England mempunyai ramai pemain yang baik, dan kami juga mempunyai pemain yang baik, jadi sama-sama kita lihat.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN