Media Australia, The Herald Sun melaporkan ketua jurulatih skuad kebangsaan Australia, Ange Postecoglou akan meletak jawatan bulan depan walaupun jika berjaya membawa Australia mara ke Piala Dunia tahun depan.
Laporan itu turut menyebut Postecoglou akan letak jawatan bulan depan tanpa mengira keputusan perlawanan play-off kelayakan Piala Dunia dan jurulatih yang berusia 52 tahun itu akan cuba membawa Australia memenangi 2 perlawanan itu.
Semalam skuad Socceroos menewaskan Syria melalui dua jaringan daripada Tim Cahill yang membawa pasukan Australia mara ke satu lagi perlawanan play-off kelayakan Piala Dunia menentang wakil dari CONCACAF, Honduras pada bulan depan.
Sepanjang Postecoglou menjadi jurulatih, beliau membawa Australia muncul sebagai juara Piala Asia 2015 buat kali pertama dalam sejarah dan menerima anugerah jurulatih terbaik daripada AFC.
Tetapi selepas itu berlaku pertukaran pembantu jurulatih dan pembentukan formasi baru 3 pemain pertahanan menyebabkan beliau dikritik hebat oleh media dan penyokong Australia.
Beliau turut membawa keluar bintang Hurdersfield, Aaron Moor sehingga mengundang kemarahan Mooy ketika perlawanan menentang Syria semalam.
Moor tidak berpuas hati dengan tindakan Postecoglou mengeluarkannya untuk duduk di bangku simpanan kerana beliau masih boleh menyumbang sesuatu untuk memastikan kemenangan pasukan.
Australia akan bertemu Honduras pada 6 November ini di tempat lawan kemudian akan bermain di halaman sendiri pada 14 November di Stadium ANZ. Menang bererti mereka akan mara ke Piala Dunia 2018 buat kali 5.