5 Penjaring Terbanyak Sepanjang Zaman Dalam La Liga

Jika rekod 260 gol Alan Shearer di Liga Perdana Inggeris kelihatan masih dalam usaha untuk dipadamkan oleh mana-mana pemain. Wayne Rooney (200 gol) merupakan calon yang paling sesuai untuk mengejar jumlah gol penjaring terbanyak sepanjang zaman di England itu namun keadaan sungguh berbeza di saingan La Liga.

Hal ini kerana Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo yang masih lagi mampu beraksi dalam banyak perlawanan buat pasukan mereka kini masih bersaing sesama sendiri untuk menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman di La Liga.

Messi kini unggul di tempat pertama meninggalkan Ronaldo dengan kelebihan 75 jaringan. Berikut adalah senarai 5 pemain di La Liga yang mencatatkan jaringan terbanyak sepanjang zaman.

5) Raul Gonzalez (228 jaringan)

La Liga

Penyerang legenda Real Madrid ini menjaringkan 228 jaringan dalam 550 penampilannya bersama Real Madrid sejak bersama kelab itu dari tahun 1994.

Pemenang tiga kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah bersama Madrid ini berbakti bersama kelab ini selama 16 tahun.

Jumlah jaringan yang dicatatkan Raul menjadikannya sebagai salah seorang penyerang prolifik yang disegani dalam sejarah Real Madrid sepanjang zaman.

4) Hugo Sanchez (234 jaringan)

Penyerang Real Madrid yang berasal dari Mexico ini juga berjaya meletakkan namanya sebaris dengan legenda Madrid yang lain dengan ketajamannya dihadapan gol lawan.

234 gol dalam 378 penampilan meletakkannya kini ditempat ke-4 senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman buat saingan La Liga.

Sanzhez menjadi satu-satunya pemain yang berjaya memenangi gelaran penjaring terbanyak La Liga dalam 4 tahun berturut-turut. Dimulakan pada musim 1984/85 bersama Atletico Madrid dan tiga tahun berturut-turut (1985/86, 1986/87 dan 1987/88) bersama Real Madrid.

3) Telmo Zarra (251 jaringan)

Zarra merupakan penyerang utama Athletic Bilbao pada zaman 50-an. Beliau memegang rekod penjaring terbanyak La Liga sejak sekian lama sebelum dipecahkan oleh Lionel Messi pada November 2014.

Zarra juga turut memegang rekod penjaring terbanyak dengan 80 gol dalam Copa Del Rey dan menjadi penjaring terbanyak dalam sejarah kelabnya dengan mencatatkan 332 jaringan.

2) Cristiano Ronaldo (285 jaringan)

Ronaldo menjaringkan 285 jaringan daripada 265 penampilannya bersama Real Madrid sejak hadir ke Sepanyol dari Manchester United pada 2009.

Pemain antarabangsa Portugal ini telah mencatatkan 32 hatrik sepanjang kariernya ketika ini di Madrid dan menjadikannya pemain yang paling banyak melakukan hatrik dalam La Liga.

Ronaldo juga merupakan penjaring terbanyak buat Real Madrid sepanjang zaman.

1) Lionel Messi (360 jaringan)

Tiada apa yang perlu diperkatakan mengenai Lionel Messi. Skill yang memukau serta penyudah yang begitu berbisa menjadikannya kini penjaring terbanyak dalam sejarah La Liga.

Berkelebihan 75 jaringan sehingga artikel ini ditulis meninggalkan Cristiano Ronaldo, pasti banyak lagi jaringan mahu dihasilkan pemain yang baru berusia 30 tahun itu untuk terus meletakkan namanya ditangga teratas.

360 jaringan telah dihasilkan Messi daripada 389 penampilannya bersama Barcelona.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN