Legenda AC Milan, Andriy Shevchenko tidak begitu gembira dengan cara AC Milan berbelanja kali ini. Beliau menyifatkan aktiviti perpindahan di San Siro sebaga berterabur dan tak terurus.
AC Milan sudah membeli lebih 10 pemain dengan nilai lebih £155 juta. AC Milan akan berhadapan dengan Crotone pada Ahad ini dalam perlawanan pembukaan Serie A.
Shevchenko berkata:
“Saya tidak tahu nak letakkan apa-apa harapan. Ada banyak cara berbelanja untuk mencapai keputusan, sama ada dengan cara merancang ataupun dengan cara spontan.”
“Pada pandangan saya, segalanya agak tidak terurus di AC Milan. Mereka tidak ada pelan yang definitif.”
“Saya tahu coach Montella ada beberapa visi dan perancangan. Tetapi kini semuanya diganggu oleh pengurusan yang mahukan semuanya segera.”
“Mereka menandatangani ramai pemain. Tetapi mereka tidak menandatangani pemain untuk posisi yang penting.”
“Anda akan lihat selepas ini, ramai pemain (bintang yang baru dibeli) akan berebut satu posisi dan posisi lain tidak diisi dengan sebaiknya. Ini yang terjadi kerana pengurusan bertindak spontan.”
“Saya tidak mampu memberikan aopa-apa harapan. Sudah pasti saya mengaharapkan kelab ini berjaya, saya anggap AC Milan ini kelab saya.”
Musim lalu AC Milan menurunkan kesebelasan dengan purata umur 23.1 tahun antara yang termuda di Eropah. Mereka berjaya membuka mata ramai pihak dengan kualiti mereka.
Musim ini, AC Milan pastinya mensasarkan untuk menjadi pesaing utama Serie A.
Sumber