Paulinho Diperkenalkan Sebagai Pemain Barca Secara Rasmi

Barcelona akhirnya memperkenalkan secara rasmi pemain baru mereka Paulinho. Paulinho diberikan nombor 15 oleh kelab tersebut.

Barcelona membayar klausa perlepasan €40 juta untuk pemain ini selepas gagal mendapatkan Marco Veratti dari PSG.

Hari pengenalan pemain yang suram apabila dilaporkan tiada seunit pun jersi Paulinho dijual di kedai rasmi Barcelona pada hari pertama pemain itu diumumkan.

Paulinho dibawa masuk untuk menguatkan lagi bahagian tengah Barcelona. Ernesto Valverde yakin pemain ini adalah pemain yang hebat.

Ini kerana menurut Valverde, jika Paulinho tidak cukup bagus, masakan dia boleh menjadi pemain penting dalam skuad Brazil di bawah bimbingan Tite.

Paulinho meninggalkan Spurs untuk menyertai Guangzhou Evergrande selepas pemain tersebut semakin gagal mendapat tempat utama dalam pasukan Spurs.

Paulinho dijangka akan melakukan debut dalam perlawanan La Liga untuk Barcelona pada hujung minggu ini.

Sebelum ini Barcelona sudah beraksi 2 perlawanan el clasico dalam tempoh 3 hari menentang Real Madrid dalam Piala Super Eropah 2017. Mereka tewas dalam kedua-dua perlawanan tersebut dengan agregate 5-1.

Tekanan semakin tinggi di Barcelona selepas mereka dilaporkan kehilangan Suarez untuk sebulan.

Lebih tertekan, penyokong mendesak Bartomeu untuk meletakkan jawatan selepas polisi perpindahan pemain yang teruk pada kali ini.

Mereka sudah melepaskan Neymar dengan nilai €222 juta. Namun masih belum membeli ‘marquee players’ di beberapa posisi termasuk pengganti Neymar.

Adakah Paulinho akan berjaya menutup mulut pengkritik beliau selepas ini? Sama-sama kita nantikan.

Salam takziah

Kami dari semuanyaBOLA ingin menyampaikan rasa dukacita dan simpati kepada mangsa serangan di Barcelona. Takziah!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN