Pemain Manchester United, Andreas Pereira menganggap kelabnya begitu bertuah kerana memiliki pemain bintang sehebat Paul Pogba.
Menurut Pereira, beliau menilai pemain Perancis yang juga pemenang Piala Dunia 2018 itu merupakan seorang pemain yang memiliki karakter yang hebat dan luar biasa sehingga berjaya menjadi individu berpengaruh dalam pasukan pada ketika ini.
Sejak kembali ke Old Trafford dengan perpindahan bernilai 89.3 juta pound (RM479.5 juta) daripada Juventus pada tahun 2016, Pogba merupakan pemain penting dalam pasukan.
Meskipun berdepan kritikan susulan persembahannya yang tidak konsisten serta sering mencetuskan kontroversi dalam pasukan, khidmat Pogba tetap ditagih sepenuhnya oleh kelab ketika berdepan pasukan lawan.
Menurut data Transfermarkt, Pogba telah melalui 132 perlawanan dengan mencatatkan 31 gol dan melakukan 29 bantuan gol untuk semua saingan bersama United sejak 2016.
Pereira yang kembali ke pangkuan United selepas dipinjamkan ke Valencia mengakui terkesan dengan kehebatan Pogba dalam usaha membantu pasukan.
Beliau sebagai berkata, “Paul [Pogba] adalah pemain berkelas dunia dan semua orang tahu akan hal itu.”
“Anda dapat melihat kualiti yang dia ada setiap hari, di mana dia mempunyai pengalaman yang sangat luas. Saya sangat bahagia kerana dia dan saya sangat gembira kerana dapat berada dalam satu pasukan bersama dia di United.”
Lawan Chelsea
Mengulas mengenai pertemuan dengan Chelsea di Old Trafford malam nanti, Pereira berkata, beliau yakin United mampu memperolehi tiga mata penting dilaman sendiri dan percaya pasukan akan mampu berada didalam empat pasukan terbaik EPL musim ini.
”Ia mesti menang. Kami perlu menunjukkan bahawa kami mahukan tempat keempat teratas, dan dalam perlawanan ini, kami perlu menunjukkan tahap kami dan membuktikan kami layak berada di Liga Juara-Juara musim depan.”
Kami mahu melakukan segala yang boleh kami lalukan untuk masuk ke dalam keempat pasukan teratas. Kita perlu mengambil setiap perlawanan ini dan mendapatkan tiga mata. Kita perlu bersatu sebagai satu pasukan dan bekerjasama dan cuba mendapatkan tiga mata dalam setiap perlawanan,” tegas Pereira.